Qnergy: Tudung Direka Khas Mampu Kurangkan Sakit Kepala

Jika berbicara mengenai tudung, memang tidak akan habis bercerita kerana ada pelbagai jenis dan "style" tudung yang adakalanya langsung tidak sempat diikuti dek peredaran fesyen semasa yang terlalu pantas.

Namun dalam banyak-banyak jenis tudung di pasaran, jangan terkejut jika terdapat juga tudung yang dicipta khas bagi membolehkan suatu penyakit itu sembuh.

Tudung ajaib itu adalah hasil keluaran Qnergi yang diilhamkan oleh anak tempatan, Prof. Datuk Dr. Noordin Darus.
.
g
Apa yang luar biasanya, tudung itu dikatakan mempunyai cas tenaga semula jadi yang dikatakan mampu memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya.

Selain itu, tudung tersebut merupakan yang pertama di dunia yang dicipta mempunyai aura tenaga tersendiri melalui proses teknologi zero-poin yang diilhamkannya sendiri.

Antara kebaikan tudung ini ialah mampu mengurangkan stres, melancarkan pengaliran darah ke otak, merangsang pertumbuhan rambut, menghilangkan rasa pening, migrain, menaikan seri muka serta meningkatkan kecerdasan minda.

Untuk makluman, setiap tudung yang dikeluarkan perlu melalui proses fermentasi dan pengewapan.
925083_1697523143861744_92853909_n

Bagi jenis kain pula, Qnergi menggunakan fabrik sifon berkualiti yang boleh memberikan aliran udara yang baik kepada si pemakai.

Bagi yang berminat, tudung ini akan mula berada di pasaran pada 2 April ini dan harga ditawarkan adalah dari RM65 hingga RM95. -Kedahnews.com