Sumber IG: aznilnawawihm |
Pak Nil, 54; malah masih lagi kelihatan muda dan menawan selain wajahnya semakin berseri-seri menjadikan timbul tanya dalam kalangan artis dan saudara mara terdekat.
Menurut jejaka awet muda ini, dia sendiri tidak tahu akan rahsia awet mudanya itu. Adalah menjadi rutin hariannya untuk menggunakan produk asas penjagaan muka seperti toner, pelembab dan pencuci muka.
“Saya hanya menggunakan tiga penjagaan wajah yang asas iaitu pencuci, toner dan pelembap.
“Apa yang penting, dari dulu sampai sekarang, saya hanya melakukan rutin seharian iaitu mencuci muka sebelum dan selepas daripada bangun tidur,” katanya kepada wartawan sebuah akhbar tempatan.
Tambah Pak Nil lagi, antara rutin hariannya adalah melakukan senaman setiap hari iaitu berlari atas treadmill dan berpuasa. Secara tidak langsung ia dapat bakar kalori dalam badan dan membuat dirinya kelihatan cergas.
“Kadang-kadang, ada juga saya berpuasa. Ada satu rutin yang saya mesti lakukan pada setiap hari iaitu berlari di atas treadmill. Dengan kaedah itu, saya akan membakar 300 hingga 600 kalori setiap hari.
“Daripada saya hanya membelek telefon dalam tempoh sejam dua, lebih baik saya berlari. Sekurang-kurangnya, ia membuatkan saya kelihatan cergas,” katanya.
Selaku orang kuat rancangan realiti Astro Ceria Popstar, pengalaman sebagai bapa kepada tiga cahaya mata membantunya memahami kerenah kanak-kanak dan ada cara rahsia yang tersendiri dalam mendidik anak-anak.
“Salah satu sebab, mungkin kerana saya sendiri sudah mempunyai anak. Dari dulu, saya memang senang bergurau dan bermanja dengan anak-anak.
“Bagi saya, anak-anak senang kalau mahu memberi nasihat.
“Jika saya marah, saya hanya jegil mata saja. Automatik, mereka akan tahu. Jika guna kekerasan atau perkataan, kita tidak boleh kawal sebab kadang-kadang kita lupa kita bercakap dengan anak-anak,” jelasnya. -Kedahnews.com