Rasa Cuak, Tapi Mungkin Ini Ujian Dari Allah - Hanis Zalikha

Hanis Zalikha
PELAKON Hanis Zalikha yang sedang sarat membawa kandungan berusia 7 bulan memberitahu bahawa dia dan suami, Hairul Azreen masih belum bersedia untuk mendedahkan jantina bayi mereka.

Menurut selebriti tersebut, menceritakan pengalaman membawa kandungan sejak dari awal kehamilan bukanlah perkara yang mudah baginya.

“Kebiasaannya wanita lain akan mengalami alahan teruk pada trimester kedua tetapi saya sehingga kini masih muntah-muntah dan ia agak mencabar bagi saya.

“Cuak juga, tetapi saya menganggap ini merupakan salah satu ujian yang diberikan oleh Allah kepada saya. Saya pernah bertanya kepada ibu saya, tetapi dia hanya melalui alahan seperti pada trimester pertama," katanya.


Menurut Hanis Zalikha, dia turut bertanyakan ibu mertuanya mengenai pengalaman yang pernah dilalui ketika hamil dulu.

“Saya ada juga menanyakan perkara yang sama kepada ibu mertua, tetapi dia sudah lupa pengalaman ini kerana melahirkan anak yang terakhir 28 tahun lalu.

“Ini mungkin dugaan yang Allah berikan kepada saya semasa mengandung, tetapi mana tahu akan dipermudahkan urusan ketika mahu bersalin nanti,” katanya lagi.

Walaupun sedang sarat mengandung, Hanis Zalikha tetap aktif melakukan kerja kerana sikapnya yang tidak suka duduk diam tanpa melakukan apa-apa.

Dia dan suaminya baru-baru ini telah melancarkan koleksi pakaian raya, His & Her. -Kedahnews.com