Ruhainies |
Seorang gadis yang masih baru menceburkan diri dalam dunia lakonan mengakui dirinya sering kali disamakan dengan Nora Danish.
Menurutnya, sejak di bangku sekolah lagi ramai yang mengatakan wajahnya amat mirip kepada Nora Danish, namun bagi Ruhainies, dia tidak mahu menumpang populariti yang dimiliki oleh aktres comel itu.
Ruhainies menerima ketentuan Allah itu sebagai satu pujian yang tinggi, walau bagaimanapun dengan rasa rendah diri, dia merasakan dirinya terlalu kerdil untuk dibandingkan bersama Nora Danish.
“Sudah lama persamaan ini diperkatakan oleh orang. Sejak dari bangku sekolah lagi, ramai yang mengatakan wajah saya seakan sama dengan Nora Danish. Lepas dah masuk dunia seni juga perkara demikian diperkatakan lagi”
“Pujian itu sudah terlalu tinggi untuk saya. Nora merupakan idola saya sejak dahulu kagi dan dia adalah pelakon yang hebat. Nora sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seni,” katanya.
Menurut Ruhainies, perjalanan karier seninya baru bermula dan dia perlu banyak belajar serta menimba pengalaman sendiri dalam dunia hiburan tanahair yang kian mencabar di zaman ini.
“Kerjaya saya baru bermula dan masih banyak pengalaman yang perlu saya cari dalam dunia hiburan ini”
Dia juga menegaskan biarpun dirinya sering disamakan dengan Nora Danish, tetapi dia sesekali pun tidak menggunakannya untuk menumpang populariti pelakon tersebut. - Kedahnews.com
Menurutnya, sejak di bangku sekolah lagi ramai yang mengatakan wajahnya amat mirip kepada Nora Danish, namun bagi Ruhainies, dia tidak mahu menumpang populariti yang dimiliki oleh aktres comel itu.
Ruhainies menerima ketentuan Allah itu sebagai satu pujian yang tinggi, walau bagaimanapun dengan rasa rendah diri, dia merasakan dirinya terlalu kerdil untuk dibandingkan bersama Nora Danish.
Nora Danish. |