Saya Bangga Dengan Negara Kamu - Dr Zakir Naik

SIAPA sangka pendakwah tersohor antarabangsa, DR. ZAKIR NAIK dahulunya seorang yang mempunyai masalah pertuturan atau gagap kini sudah menjadi tokoh yang disegani.

Apa tidaknya keupayaan Dr. Zakir menghafal kandungan kitab bukan sahaja al-Quran malah kitab agama lain membuatkan masyarakat dunia termasuk dalam kalangan komuniti bukan Islam berpusu-pusu menghadiri ceramahnya di serata dunia.

Lebih mengagumkan, berpegang pada al-Quran dan hadis, tetapi pada masa sama lancar menghuraikan kitab agama lain.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia baru-baru ini, pendakwah terkemuka itu mengulas cabaran, peranan dan kaedah beliau berdakwah menyebarkan syiar Islam.

Soalan: Apakah pendapat Dr. tentang Malaysia sekarang?

DR ZAKIR: Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya sudah enam kali ke Malaysia. Setiap kali datang ke Malaysia, saya nampak keadaan adalah lebih baik. Alhamdulillah, dari segi penerimaan terhadap saya semakin bertambah.

Saya ingat pada kali pertama datang ke negara ini pada tahun 1996. 20 tahun lalu itulah lawatan pertama saya, kemudian saya datang beberapa kali. Ceramah terakhir saya adalah pada tahun 2012. Malah, kali terakhir saya datang ke Malaysia pada tahun 2013 untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013. Penerimaan kali ini sangat memberangsangkan. Setiap majlis dihadiri oleh puluhan ribu penonton. 30,000 hingga 40,000 orang hadir di Terengganu.

Soalan: Malaysia berkerja keras untuk mempromosikan Islam sebagai agama aman dan sederhana. Apa impak terhadap usaha yang dijalankan itu?

DR ZAKIR: Selagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam, saya memandang tinggi kepada negara ini berbanding negara-negara Islam lain yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan kebanyakannya beragama Islam. Tetapi bukan majoriti mutlak. Mungkin 55 ke 60 peratus. Ada Hindu, Kristian, Buddha dan Malaysia sebuah negara yang maju. Malaysia kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, saya rasa negara ini antara segelintir negara Islam yang berani mencabar dunia Barat. Malaysia sebuah negara yang mempunyai keberanian untuk mempertahankan Islam.

Kebanyakan negara Islam lain tidak berani, rasanya kita patut berbangga dengan agama, budaya kita dan tidak bersifat apologetik. Itu yang saya dapati tentang Malaysia. Saya bangga dengan negara kamu.

Soalan: Bagaimana Islam dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini berjuang menangani Islamophobia?

DR. ZAKIR: Saya percaya bahawa media merupakan senjata paling penting di dunia. Umat Islam hari ini masih jauh ketinggalan dalam penggunaan media untuk membetulkan salah faham ini.Tetapi, dalam bidang hiburan sama ada Bollywood atau Arab, media digunakan secara meluas, tetapi apabila berkaitan dengan penggunaan media untuk menghapuskan salah faham yang disebarkan oleh media antarabangsa, umat Islam sangat ketinggalan.

Kita tidak menjalankan tugas. Selepas kejadian 11 September, ada usaha peperangan demi keamanan. Namun saya tidak fikir ia adalah perang demi keamanan, tetapi perang terhadap keamanan itu sendiri iaitu Islam yang merupakan agama keamanan. Islam berasal daripada perkataan "salam" iaitu bermaksud "keamanan." Ia diambil daripada perkataan Arab ‘Silm’ yang bermaksud "sujud" kepada Allah.

Media dan negara Barat pada hari ini menyatakan bahawa Islam adalah agama keganasan, itu sesuatu yang bertentangan. Satu ayat dalam al-Quran sudah memadai untuk menolak dakwaan itu. Allah berfirman dalam al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 32. “Jika ada sesiapa yang membunuh manusia lain, bukan kerana orang itu membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di bumi, itu sama seperti dia telah membunuh seluruh manusia.”

Tidak kira dia Islam atau tidak. Jika dia membunuh manusia lain, sama ada Islam atau tidak, seolah-olah dia telah membunuh seluruh manusia. Jika ada sesiapa yang menyelamatkan manusia lain, seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia. Tiada nas lain di duna ini selain al-Quran yang mempunyai kenyataan seperti ini. Tetapi, masih ramai orang bukan Islam menyatakan bahawa Islam adalah agama keganasan.

Apa yang mereka buat adalah mereka mengambil contoh masyarakat Islam yang kurang baik dan menjadikan mereka sebagai contoh seluruh umat Islam. Malangnya umat Islam tidak dapat membalasnya. Kita perlukan media yang berada pada tahap yang sama seperti mana media lain yang menyebarkan salah faham ini. Kita juga dapat membalas dan menghapuskan salah faham ini dan membersihkan nama umat Islam.

Soalan: Setujukah anda bahawa masyarakat Islam terperangkap dengan imej sendiri dan terlupa menunjukkan nilai-nilai murni dalam Islam?

DR. ZAKIR : Ya saya bersetuju, banyak kali peristiwa masyarakat Islam ikutkan perasaan, kita jatuh dalam perangkap mereka (orang kafir). Contohnya kita tahu apa terjadi ketika kejadian lukisan kartun rakyat Denmark. Tindakan mereka itu ternyata salah. Pada waktu itu, kami dapati kebanyakan pertubuhan Islam meninggalkan tugasan harian mereka sebaliknya mereka memberi tumpuan kepada membuat bantahan.

Memang kita wajar melakukan protes. Itu tidak bererti kita hentikan aktiviti yang dijalankan. Andainya satu pertubuhan itu melakukan kerja dengan kiraan 100 mata, kini tumpuan mereka pada kerja membantah kartun Denmark itu. Daripada 100 mata yang diberi, mereka hanya melakukan kerja sebanyak lima mata sahaja. Bayangkan jika semua pertubuhan buat begitu, satu kerugian bagi umat Islam. Kita perlukan satu pertubuhan khusus untuk uruskan hal ini.Saya pernah berucap mengenai perkara ini. Cara-cara untuk kendalikannya. Apa yang berlaku, kita terlalu ikutkan perasaan. Jika kita tidak bersetuju, jangan terlalu emosi sehingga semua pekerjaan positif yang sedang dibuat terhenti begitu sahaja.

Jika mereka menyerang Islam, jangan tinggalkan segala-galanya iaitu tinggalkan semuanya dan beri tumpuan perkara itu sahaja. Sebagai contoh, sudah saya beritahu awal lagi. Orang yang popular mesti ada halangan terhadapnya. Contohnya kalau menerusi enjin carian Google, jika anda taip nama saya, akan jumpa lebih kurang 50 juta sesawang yang menyimpan maklumat mengenai saya.

Saya boleh katakan kira-kira 15 atau 20 orang menentang sahaja. Jika orang popular, pasti ada musuh, Mulanya saya mempunyai persepsi apabila seseorang menjadi popular, peratus musuhnya tetap sama. Contohnya 100 pengikut dan seorang musuh. Jika ada 1,000 pengikut, maka ada kira-kira 10 musuh. Jika sejuta pengikut, 10,000 musuh. Satu peratus lagi kekal sama. atau dua, 10 peratus kekal sama. Kemudian, saya menyedari bahawa bukan begitu yang sebenarnya berlaku.

Jika direnung kisah Nabi Muhammad SAW, semasa mula berdakwah, baginda ada lima pengikut, tidak ada musuh. Kemudian, bertambah kepada 50 orang, 100 orang. Tidak ada musuh. Apabila jumlah pengikutnya bertambah, baru muncul musuh-musuh yang ramai. Hari ini, manusia paling popular di dunia ialah Nabi Muhammad. Termasuk kiraan bukan masyarakat Islam, orang paling berpengaruh di dunia ini ialah Nabi Muhammad. Disebabkan terkenal, maka peratus musuhnya turut bertambah. Hari ini, ada seramai 1.8 bilion masyarakat Islam di dunia.

Soalan: Bagaimana Dr. menguruskan emosi, rohani sedangkan sesetengah orang membenci individu yang bernama Dr. Zakir Naik?

DR. ZAKIR : Seorang pendakwah tidak boleh terlalu ikut perasaannya dan harus bertenang. Orang mengecam atau menghina saya. Jika saya bertindak balas, ikut perasaan, maka, saya tidak mengamalkan ajaran al-Quran. Al-Quran dalam surah An-Nahl surah 16, ayat 125. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”

Menolak kejahatan dengan kebaikan. Sesiapa sahaja yang mengkritik saya, biasanya jika kritikan itu sedikit, saya akan balas. Sekarang dalam Internet, ada dua hingga tiga juta kritikan. Jika saya balas dua hingga tiga juta kritikan itu, saya tidak boleh bergerak ke hadapan. Saya akan habiskan 10 tahun akan datang untuk membalas.

Apa saya buat biar orang lain jawab. Saya beritahu pekerja dan kawan-kawan, jika orang kritik saya, periksa sama ada terdapat sesuatu untuk saya perbaiki diri. Saya juga manusia, boleh berbuat salah. Jika benar saya buat salah dan kritikan itu positif, saya wajar berubah.

Saya tidak mengaku maksum, saya juga manusia. Perumpamaannya, jika orang membaling bata kepada kamu, guna bata itu untuk membina rumah. Jika orang baling batu kepada kamu, naik lebih tinggi supaya batu itu tidak kena kepada kamu. Saya rasa hanya membuang masa untuk menjawab semua itu. Jika ada yang wajar dijawab, mungkin kurang satu peratus. Bolehlah dijawab. Jika tidak, membuang masa sahaja.

Soalan: Sehubungan itu, apakah pendapat anda mengenai media pada hari ini?

ZAKIR: Sejujurnya dalam bidang hiburan, yang digunakan oleh orang Islam mereka berada di tahap kelas pertama dunia. Sama ada ia Bollywood atau hiburan Arab. Tetapi apabila ia berkaitan dengan menonjolkan Islam, kebanyakan saluran Islam kurang bermutu.

Pada hari ini, seluruh dunia memiliki lebih daripada 150 saluran agama dalam pelbagai bahasa. Mungkin lebih 100 saluran adalah dalam bahasa Arab manakala tiga hingga empat saluran dalam bahasa Inggeris. Ada tujuh saluran dalam bahasa Urdu selain beberapa saluran dalam bahasa Malaysia. Kita juga ada saluran dalam banyak bahasa lain. Kesemuanya berada pada tahap yang kurang baik.

Soalan: Boleh Dr. jelaskan inisiatif Peace TV dalam menyampaikan dakwah?

DR. ZAKIR: Kami mulakan Peace TV dalam bahasa Inggeris 10 tahun lalu. Pada hari ini, kami disiarkan menerusi 14 saluran satelit. Kami mendapati bahawa kebanyakan saluran Islam disiarkan oleh satu atau dua saluran satelit. Ada yang bersiaran melalui tiga atau empat saluran satelit. Saya belum jumpa saluran Islam yang disiarkan oleh lebih daripada empat saluran satelit.

Peace TV pada hari ini disiarkan oleh lebih 14 saluran satelit. Jumlah penonton kami lebih daripada 100 juta seluruh dunia. Kami lihat apabila Islam ditonjolkan dalam kebanyakan saluran satelit Islam, mereka sangat lemah. Mereka lemah daripada aspek produksi, kualiti, sama ada dalam penggunaan kamera atau jalur lebar, sama ada mereka menggunakan 2 Megabit (Mb) atau 3 Mb. Jika kita perhatikan saluran hiburan yang berkualiti seperti Star TV atau saluran sukan, mereka menggunakan 6 atau 7Mb. Maka bagi saluran bahasa Inggeris kami menggunakan 7Mb, begitu juga dengan saluran berdefinisi tinggi (HD). Kami lihat kamera dan peralatan yang digunakan adalah yang biasa sahaja.

Soalan: Bagaimana Dr. menangani cabaran berkenaan bagi memperbaiki mutu penyiaran?

ZAKIR: Oleh itu, kami perlu perbaiki teknologi yang digunakan. Sekitar tujuh atau lapan bulan lalu, apabila kami mula menggunakan kamera terbaik dalam industri penyiaran, saya percaya boleh kekal dalam industri ini selama 10 tahun.

Dalam masa 10 tahun yang lalu, kami menggunakan kamera terbaik dalam industri penyiaran. Namun, enam bulan lalu, saya putuskan untuk bergerak selangkah ke hadapan. Orang yang memberi inspirasi kepada saya ialah Sheikh Ahmad Deedat.

Rancangannya yang dirakam pada awal 1990-an, tidak sesuai disiarkan pada hari ini (masalah kualiti definisi). Untuk menaik taraf 100 jam akan menelan belanja lebih daripada AS$1 juta. Kami terpaksa paparkan pada saluran kami iaitu ‘kualiti rancangan rendah, maafkan kami’. Maka apa yang kami lakukan sekarang adalah kami telah membeli kamera filem terbaik. Kami membuat rakaman dengan kualiti terbaik. Pada hari ini terdapat lebih daripada 25,000 saluran di dunia. Pelbagai kualiti termasuklah saluran sukan, berita hiburan dan agama.

Alhamdulillah, Peace TV adalah satu-satunya saluran satelit di dunia yang memiliki 25 buah kamera berkualiti tinggi. Sebab di sebaliknya bukanlah kerana kami memiliki banyak wang tetapi kami merakam dengan kualiti terbaik dan menurun taraf kepada High Definition (HD) dan menyiarkannya. Ini bermakna kandungan asalnya boleh disiarkan selama 50 tahun akan datang. Jadi dakwah boleh dikekalkan.

Soalan: Apakah rancangan Dr. bagi memperluaskan Peace TV?

DR. ZAKIR: Kami sudah merancang untuk menerbitkan rancangan dalam 10 bahasa. Dalam masa terdekat ini kita sedang mengatur usaha untuk menerbitkan dalam bahasa Mandarin. Malah untuk pengetahuan anda kita juga merancang untuk melakukan dalam bahasa Malaysia. Kita juga mungkin akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat penyiaran televisyen di negara ini bagi memperluaskan Peace TV.

Soalan: Adakah dunia memerlukan lebih ramai pendakwah seperti Dr.?

DR. ZAKIR: Berkaitan dengan latihan, kami mempunyai dua formula. Satu daripadanya adalah formula jangka panjang. Kami ada sekolah di Mumbai. Kami mengambil kanak-kanak berusia dua tahun setengah sehingga ke peringkat A Level.

Mereka akan ada bersama-sama kami selama 15 tahun. Pada usia mereka dua tahun setengah, mereka diajar bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Kokurikulum kami pula adalah berdasarkan kepada silibus UK Cambridge. Tiada sesiapa boleh kata bahawa latihan kami menawarkan sijil Islam atau India. Itu adalah sijil yang diterima di mana-mana (antarabangsa) apabila mereka lulus A-Level. Selari dengan pelajaran lain seperti Matematik, Sains dan lain-lain, kami gabungkannya dengan pendidikan Islam. Jadi, pendidikan yang diberi adalah untuk kedua-duanya.

Apabila kanak-kanak memilih untuk hafaz al-Quran, mereka akan menjadi hafiz al-Quran. Mereka akan memahami kandungan al-Quran bagi peringkat mereka. Tetapi pada tahap 10, mereka sudah boleh mentafsir al-Quran. Mereka fasih berbahasa Arab. Kami didik mereka bercakap di khalayak pada usia empat tahun dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab pula kami mulakan daripada tahap satu. Kami latih kanak-kanak daripada usia muda mengenai cara berinteraksi dengan penonton dan sebagainya. Itu merupakan latihan jangka panjang.

Soalan: Boleh Dr. ulas berhubung program latihan dakwah antarabangsa?

DR. ZAKIR: Beberapa bulan lalu, kami telah memilih 20 pelajar daripada pelbagai negara. Biasanya kami pilih seorang atau dua orang dari setiap negara. Tetapi, Alhamdulillah dari Malaysia, terdapat ramai pemohon dan kami memilih enam orang. Pada kali ini, kami mendapat 20 orang peserta daripada 12 buah negara, enam dari Malaysia, India (4). Singapura (2) dan masing-masing seorang wakil dari Indonesia, Jepun, Sri Lanka, United Kingdom, Belanda, China dan dua negara lain. Boleh dikatakan mereka adalah anak didik saya.

Kami bawa mereka ke Mumbai selama 45 hari. Mereka bagaimanapun akan tinggal lebih daripada 50 hari tetapi latihan ini dijalankan dalam 45 hari sahaja. Kami adakan latihan dalam lima hari seminggu. Latihan bermula pada pukul lapan pagi dan sepatutnya tamat pada 6.30 petang. Tetapi biasanya latihan itu akan tamat pada pukul 10 malam dan ada juga masa tamat sehingga 2 pagi.

Soalan: Apakah penekanan lain yang diberi dalam latihan program dakwah itu?

DR. ZAKIR: Pada hari ini, Sains menunjukkan melalui kajian bahawa apabila seseorang memberikan ucapan di khalayak ramai, topik yang diucapkannya hanya tujuh peratus penting, 93 peratus lagi terletak pada kemahiran penyampaiannya. Cara mereka mengawal suara, gerak tubuh, hubungan mata dan juga kemahiran penyampaian. Dalam program latihan ini, kami lebih menekankan kepada teknik. Namun, saya percaya, sumber kejayaan bagi sesiapa sahaja adalah bantuan daripada Allah

Mereka yang tahu latar belakang saya akan mengetahui, saya menghidap gagap pada zaman kanak-kanak. Jika ditanya tentang nama saya, saya akan gagap. Tetapi apabila saya menceburi bidang dakwah, saya kian menyedari bahawa gagap saya telah hilang. Saya bercakap dengan orang bukan Islam dengan lebih baik. Pertama, demi mencapai kejayaan, kita perlukan bantuan Allah SWT. Kedua, jika kita berusaha di jalan Allah SWT, Allah SWT akan membukakan jalan. Jihad, berjuang. Ketiga, Allah berfirman dalam surah An Nahl ayat 43, begitu juga surah Al-Anbiya ayat 7. “Tanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.”

Tumpuan utama kami pada nombor satu. Bagaimana mendapatkan bantuan daripada Allah. Kedua, jika pernah berusaha keras, anda akan tahu bahawa Allah telah beri keupayaan dan kemampuan. Tetapi, kita tidak manfaatkan kemampuan itu. Kita tunjukkan caranya. Berbulan tidak boleh dibuat, sedangkan boleh dibuat dalam beberapa jam sahaja. Ketiganya, teknik, kalau teknik ini diguna bersama-sama, kemahiran penyampaian akan lebih berkesan. Dalam 12 sehingga 45 hari, insya-Allah Malaysia akan mempunyai pendakwah seperti saya.

Minta bantuan Allah, berusaha keras dan tumpu teknik penyampaian dakwah

Sumber: Utusan