Seberang Perai Rekod 38 Hari Tanpa Hujan

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Sebanyak empat kawasan di seluruh negara mencatatkan bilangan hari tanpa hujan melebihi 24 hari setakat 6 April lepas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata kawasan berkenaan ialah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang yang mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 38 hari, diikuti Felda Tenggaroh Timur 2 di Mersing, Johor selama 30 hari.

"Dua daerah di Sabah iaitu Bahagian Pantai Barat Kota Belud dan dan Langkorn Estate, Kudat masing-masing mengalami 25 dan 24 hari tanpa hujan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, walaupun suhu tinggi direkodkan di kebanyakan kawasan, ia tidak menyebabkan gelombang panas.

Sesuatu kawasan akan diisytiharkan mengalami gelombang panas apabila suhu melebihi 40 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut. - BERNAMA