Selfie Penyebab Masalah Kulit, Kelihatan Lebih Tua?

Gambar Hiasan
SEORANG blogger dari United Kingdom mendakwa bahawa selfie sebanyak 50 kali sehari boleh menyebabkan masalah jerawat, bintik hitam dan tona tidak sekata pada kulit.

Teorinya ini kemudian dilihat menerusi lampu biru atau blur light ray yang juga dikenali sebagai High-energy Visible Light (HEV).

Mengikut hasil kajian dilakukan pakar kecantikan, David E. Bank yang merupakan Pengarah Dermatologis, Kosmetik dan Pembedahan Laser di New York, HEV boleh menyebabkan masalah kulit terutama pigmentasi.

“Pigmentasi akan terjadi disebabkan dari kesan HEV iaitu kekeringan, kedutan dan juga kemerahan.”

Sebab kejadian seperti ini anda harus kurangkan berselfie. Untuk mencegah hal tersebut, pastikan anda selalu memakai sunscreen dengan kandungan zinc oxide dan titanium.

Ia untuk mencegah penuaan pada kulit ketika berselfie. –Kedahnews.com