Nik Nazmi Nik Ahmad |
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengingatkan semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya menjelaskan hutang mereka.
Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, semua orang harus bertanggungjawab menyelesaikan hutang mereka dan begitu juga dengan peminjam PTPTN.
Katanya, walaupun kecewa dengan tindakan PTPTN menghantar maklumat peminjam kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tetapi ia sesuatu yang patut dilakukan agensi itu.
“PTPTN sememangnya hanya melakukan apa yang patut untuk mendapatkan semula hutang belum berbayar yang kini berjumlah RM8.3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nik Nazmi dalam pada itu cuba menyalahkan kerajaan berikutan perkara itu dengan mendakwa ia kononnya berpunca daripada tadbir urus kerajaan yang kurang cekap terhadap ekonomi.
“Memang mudah jika kita hendak menyalahkan graduan muda di dalam hal ini. Tetapi tindakan itu seakan-akan tidak menghiraukan keadaan realiti hidup yang semakin sempit,” dakwanya.
Kata beliau, PTPTN tidak memahami isu sebenar dengan menyenaraihitamkan mereka yang gagal membayar hutang untuk menggalakkan pembayaran.
“Isu sebenar di dalam hal ini iaitu nilai kos sara hidup yang tinggi di samping gaji yang rendah memberi tekanan kepada anak muda untuk menguruskan kewangan harian mereka,” dakwanya. -Kedahnews.com