Seorang jurnalis prolifik, Syahril A Kadir meluahkan rasa kecewanya terhadap beberapa laman portal dan page Facebook yang dilihat sengaja memutar belitkan tulisannya berkenaan sebuah syarikat terkemuka di Pontian, Johor, yang menghasilkan kondom.
Menurut Syahril, tulisannya itu bukan saja telah diplagiat 100 peratus malah turut mengubah suai artikelnya dengan sengaja meletakkan imej Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dengan tajuk yang mengelirukan orang ramai.
"Namun saya sangat terkejut kerana ada portal/ page yang bagi saya SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB kerana sudahlah menggunakan 100 peratus tulisan saya, tetapi pada masa yang sama membuat edit atau pengubahsuaian dengan meletakkan wajah Ahli Parlimen kawasan tersebut pada artikel berkenaan dengan tajuk - " Orang Pontian Patut Bangga : Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Berada Di Sini."
"Dengan menggunakan foto Ahli Parlimen berkenaan seolah-olah sedang bercakap, gaya artikel itu 'dipersembahkan' seolah-olah beliau meminta masyarakat daerah tersebut berbangga dengan kewujudan kilang itu sedangkan saya langsung tidak pernah menemubual beliau apatah lagi menulis ayat sebegitu dalam artikel berkenaan!
"Saya tidak mahu terperangkap dalam 'permainan politik' admin page berkenaan. Saya bukanlah 'pemuja' Ahli Parlimen itu dan tidak akan bercakap bagi pihaknya tetapi sebagai penulis saya cukup sedih kerana ia secara tidak langsung menunjukkan admin page berkenaan telah membuat fitnah secara langsung terhadap artikel yang saya hasilkan itu. Mereka menambah apa yang saya tidak tulis secara sesuka hati demi mencapai matlamat yang 'mereka sendiri tahu'.
"Serius. Lu bikin gua loya bro!," ujar Syahril, kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan.
Kata Syahril, tulisan asalnya berkenaan kejayaan syarikat itu langsung tidak mengandungi elemen provokasi atau menyentuh soal politik, sebaliknya lebih bersifat subjektif.
"Ketika saya menulis artikel itu, saya langsung tidak membuat sebarang 'provokasi' baik dari segi politik mahupun moral kerana ia sangat subjektif sifatnya. Ini kerana seperti yang kita tahu, walaupun dianggap menggalakkan maksiat, kondom juga sangat berjaya dalam menghalang merebaknya penyakit berjangkit yang sangat bahaya seperti AIDS serta pada masa yang sama antara kaedah dalam perancangan keluarga.
"Dalam erti kata lain kondom itu sendiri ada pro dan kons dan saya tidak berhajat untuk bersifat 'judgemental' dalam penulisan saya," jelasnya.
Bekas Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu sebelum ini menulis tentang sebuah syarikat tempatan yang menempa nama di persada antarabangsa dengan menembusi pasaran dunia dengan produk berasaskan getah, iaitu kondom.
Difahamkan tulisan berkenaan telah di "copy and paste" 100 peratus oleh laman portal dan page Facebook tertentu, serta dimanipulasi secara tidak bertanggungjawab sehingga mampu menjejaskan imej pihak tertentu.
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh Syahril yang dipetik dari laman Facebooknya. -Kedahnews.com
Menurut Syahril, tulisannya itu bukan saja telah diplagiat 100 peratus malah turut mengubah suai artikelnya dengan sengaja meletakkan imej Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dengan tajuk yang mengelirukan orang ramai.
"Namun saya sangat terkejut kerana ada portal/ page yang bagi saya SANGAT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB kerana sudahlah menggunakan 100 peratus tulisan saya, tetapi pada masa yang sama membuat edit atau pengubahsuaian dengan meletakkan wajah Ahli Parlimen kawasan tersebut pada artikel berkenaan dengan tajuk - " Orang Pontian Patut Bangga : Kilang Kondom Terbesar Di Dunia Berada Di Sini."
"Dengan menggunakan foto Ahli Parlimen berkenaan seolah-olah sedang bercakap, gaya artikel itu 'dipersembahkan' seolah-olah beliau meminta masyarakat daerah tersebut berbangga dengan kewujudan kilang itu sedangkan saya langsung tidak pernah menemubual beliau apatah lagi menulis ayat sebegitu dalam artikel berkenaan!
"Saya tidak mahu terperangkap dalam 'permainan politik' admin page berkenaan. Saya bukanlah 'pemuja' Ahli Parlimen itu dan tidak akan bercakap bagi pihaknya tetapi sebagai penulis saya cukup sedih kerana ia secara tidak langsung menunjukkan admin page berkenaan telah membuat fitnah secara langsung terhadap artikel yang saya hasilkan itu. Mereka menambah apa yang saya tidak tulis secara sesuka hati demi mencapai matlamat yang 'mereka sendiri tahu'.
"Serius. Lu bikin gua loya bro!," ujar Syahril, kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan.
Portal/page yang Syahril maksudkan |
"Ketika saya menulis artikel itu, saya langsung tidak membuat sebarang 'provokasi' baik dari segi politik mahupun moral kerana ia sangat subjektif sifatnya. Ini kerana seperti yang kita tahu, walaupun dianggap menggalakkan maksiat, kondom juga sangat berjaya dalam menghalang merebaknya penyakit berjangkit yang sangat bahaya seperti AIDS serta pada masa yang sama antara kaedah dalam perancangan keluarga.
"Dalam erti kata lain kondom itu sendiri ada pro dan kons dan saya tidak berhajat untuk bersifat 'judgemental' dalam penulisan saya," jelasnya.
Tulisan Syahril turut diubahsuai dalam bentuk poster propaganda politik yang kononnya mewakili "suara rakyat" |