Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah |
ALOR SETAR - Ketua Wanita Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah dilantik sebagai Ketua Wanita Umno Kedah, menggantikan Datuk Maznah Hamid berkuatkuasa serta merta.
Perubahan pucuk pimpinan itu dibuat pada mesyuarat sayap parti itu yang dipengerusikan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam.
Sharifah Maznah yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Kedah sebelum ini merupakan Ketua Penerangan Wanita Umno Kedah.
Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pertukaran itu dilakukan secara muafakat berlandaskan semangat persaudaraan tinggi kalangan ahli Wanita Umno Kedah, yang dimaklumkan mengenai hasrat Maznah mahu peralihan kepimpinan dilakukan demi kepentingan parti.
“Justeru ingin saya tegaskan, peralihan ini tidak membabitkan sebarang masalah kepartian dan tidak sama sekali dilakukan atas kepentingan mana-mana pihak, melainkan kepentingan parti yang menjadi keutamaan kepimpinan negeri ini,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap kepimpinan baharu akan memperkukuhkan pergerakan Wanita dan meneruskan perancangan baik yang diusahakan kepimpinan terdahulu.
“Kita perlu terus memandang ke hadapan dan muafakat demi kepentingan rakyat,” katanya.
Dalam suatu kenyataan kepada media, Sharifah Maznah menyifatkan perubahan kepimpinan ini berlaku dalam semangat musyawarah yang tinggi dan tidak sedikit pun terpalit konflik atau isu kepartian.
“Perubahan ini berlaku atas kemahuan Maznah sendiri dengan alasan tumpuan seratus peratus harus diberikan jentera parti terhadap negeri ini dalam memperkasakan wanita berdepan PRU14,” katanya.
Menurutnya, beliau tetap menjalin hubungan baik dengan Maznah yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada dirinya menerajui Wanita di Kedah.
“Selaku Ketua Wanita Umno Kedah yang baharu, saya berazam meneruskan perjuangan beliau dan akan memperkukuhkan lagi jentera wanita menghadapi PRU14. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Maznah yang saya sifatkan seorang pemimpin berjiwa besar dan sentiasa meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dalam perjuangannya,” katanya.
Sharifah Maznah turut mengucapkan terima kasih kepada Sharizat dan Ahmad Bashah atas kepercayaan yang diberikan untuk beliau menerajui sayap parti di negeri ini.
Sumber: Sinar Harian