SINGAPURA – Selepas teruk dikritik rakyat kerana melebih-lebihkan ulang tahun pertama kematian bapanya iaitu negarawan Singapura, Lee Kuan Yew, bulan lalu, kali ini satu lagi kontroversi melanda keluarga berkenaan.
Ho Ching, isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, terpaksa meminta maaf secara terbuka susulan kontroversi terbaharu yang timbul akibat termuat naik foto biadap menerusi laman Facebook miliknya sendiri.
Menulis melalui Facebook pada 11 April, Ho yang merupakan isteri Hsien Loong sejak 1985 menyatakan bahawa konon dia tidak pernah bermaksud menyiakan foto seekor monyet yang sedang mengacu "jari tengah".
“Saya sedang mencuba sejumlah perkara dalam laman Twitter, melihat apa yang boleh dilakukan dengan media sosial ini, saya baru sedar bahawa rupa-rupanya Twitter dapat mengirim foto tanpa ada keterangan gambar.
“Ia sangat dikesalkan apabila foto yang saya muat naik itu menimbulkan salah faham,” tulis Ho sambil mendakwa akaun Twitter beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings bersambung dengan akaun Facebook.
Foto kontroversi dimuat naik Ho Ching disifatkan netizen Singapura sebagai menyindir adik iparnya, Dr. Lee Wei Ling. |
Temasek Holdings Private Limited yang diasaskan pada 1974 merupakan sayap pelaburan kerajaan Singapura, seumpama juga Khazanah Nasional Berhad dan 1Malaysia Development Berhad di negara jirannya, Malaysia.
Ho, 63; yang menjadi peneraju Temasek Holdings sejak 2004 menyatakan konon dia baharu menyedar perkara itu setelah seorang temannya kemudian memberitahunya sebelum segera menghapuskan foto kontroversi tersebut.
Penyiaran gambar monyet itu langsung menggemparkan netizen negara ‘kota singa’ yang menyifatkan situasi tersebut sebagai bahasa simbol ‘ketidaksenangan’ Ho terhadap adik iparnya, Dr. Lee Wei Ling baru-baru ini.
Ada juga yang mengertikan bahawa ‘konflik keluarga’ Lee semakin buruk dengan foto itu. Rakyat Singapura beberapa hari ini dikejutkan oleh ketegangan antara Hsien Loong dengan adik kandung perempuannya, Wei Ling.
Doktor tersebut mengakui dia memang sedang berselisih pendapat dengan abangnya itu mengenai bagaimana cara keluarga mereka memperingati ulang tahun pertama kematian bapa mereka, Kuan Yew diraikan agak keterlaluan.
Lee Hsien Loong (tengah) dan isteri, Ho Ching meletakkan kalungan bunga sempena setahun pemergian negarawan Lee Kuan Yew. |
Wei Ling menuduh abangnya tidak memiliki ‘keraguan’ sedikitpun untuk menganjurkan acara peringatan rasmi hanya setahun setelah pemergian ayah dengan tujuan untuk membentuk sebuah dinasti Lee di negara kota itu.
“Jika kekuasaan yang dimiliki dipakai untuk membina dinasti, puteri Kuan Yew tidak akan membiarkan nama bapa dinodai oleh puteranya yang ‘membangkang’,” tulis wanita itu yang merupakan doktor pakar bedah saraf.
Hsien Loong, 64; yang menjadi perdana menteri sejak 2004 dilaporkan media telah membantah tohmahan adiknya itu dan mengungkapkan kesedihannya terhadap tuduhan yang menurut beliau sebagai tidak benar.
Nama Wei Ling mula menjadi popular khasnya dalam kalangan penyokong pembangkang kerana sanggup menjadi pengkritik ‘pedas’ sejumlah acara ceremonial yang diadakan konon demi mengenang setahun kematian Kuan Yew.
Negarawan tersebut meninggal dunia 23 Mac 2015. Wei Ling malah secara terbuka menyatakan bahawa ayahnya pasti akan ‘menangis’ jika mengetahui dirinya dipuja-puji anaknya sendiri dengan cara yang terlalu berlebihan.
Ho juga cuba mereda ketegangan menuliskan bahawa dia dapat memahami sejumlah pihak yang lebih memilih mengenang bapa mertuanya itu dengan cara yang tidak terlalu menampilkan emosi secara amat keterlaluan. – Agensi