"Skill Edit" Gambar: Pelakon, Pelawak Kazar Memang "Legend"..!

SETIAP artis mempunyai karekter dan perwatakan yang berbeza-beza. Hanya rakan-rakan terdekat sahaja mengetahui sifat sebenar seseorang itu.

Kemunculan media sosial dan pelbagai aplikasi untuk membuat editing atau effect ke atas sesuatu foto atau gambar, menjadikan pelakon senior Kazar yang pernah meletup dengan filem Susuk suatu ketika dahulu disamping aktres Dynaz Mokhtar memanfaatkan laman sosial Instagram sebagai medium untuk menampilkan sisi lain dirinya.

12394126_1017523534980116_2050882717_n
12501650_1003719009720772_83984591_n

Laman sosial Instagram yang menggunakan nama @kazar35 menjadi perhatian umum apabila kebanyakkan foto-foto yang dimuat naik telah diedit dengan jayanya dan disertakan dengan kapsyen-kapsyen yang mencuit hati.

Kazarudin Saisi, 57 atau lebih dikenali sebagai Kaza itu sememangnya gemar berkongsi foto-foto lucunya di akaun Instagram (IG) miliknya malah ada pihak mendakwa dan menyamakan pelakon dan pelawak ini dengan Amran Fans merupakan orang yang sama.

Lebih menarik lagi, pelakon dan pelawak serta bapa kepada lima anak ini gemar memuat naik fotonya yang diedit bersama penyanyi antarabangsa Jennifer Lopez atau J.LO sekitar tahun lalu.

12825970_623563221124891_1393064396_n

Apa yang menarik tentang pelakon ini, laman Instagram miliknya tidak seperti Instagram pelakon-pelakon lain yang rata-rata dibanjiri dengan aktiviti harian, iklan produk dan macam-macam karenah lagi, Kazar yang satu ini memang lain dari yang lain.

Lihat sahaja Instagramnya, satu-satu gambar di’edit‘ dengan artis-artis terkenal antarabangsa. Antara artis-artis antarabangsa yang turut terkena tempias pelakon ini ialah Cristiano Ronaldo, The Rock, JLo, Angelina Jolie dan ramai lagi.

12317331_549754641870619_675927749_n
12965088_1685002611755023_795232377_n
151011l6q8ur2rce6886qu

Laman sosial Instagram milik pelakon dan pelawak  ini menerima 100 ribu pengikut kerana skill editing yang ditonjolkan itu.

Pada pandangan kami yang masih tersengih-sengih dengan aktiviti masa lapang pelawak tersebut, kami memutuskan Kazar memang "legend"! –Kedahnews.com