BUTTERWORTH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang mengepung sebuah balai polis yang terletak di Ayer Hitam, seterusnya menahan lima anggota polis pada awal pagi semalam.
Menurut laporan, serbuan dilakukan pada jam 3 pagi dan kesemua mereka yang ditahan disyaki terbabit dalam skandal rasuah membabitkan amaun yang besar.
Ketika ditahan, kelima-lima anggota polis tersebut berada dalam balai dan tangkapan dibuat tanpa sebarang insiden kekecohan atau kerosakan berlaku.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab telah pun mengesahkan serbuan dan penahanan lima anggota polis tersebut.
Memetik laporan dari myMetro, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo menjelaskan bahawa kesemua anggota polis berkenaan masih berada dalam tahanan untuk siasatan lanjut berhubung dengan laporan yang diterima.
Beliau dilaporkan berkata, “Bagi menjalankan siasatan lanjut, kesemua anggota polis itu ditempatkan di lokap SPRM dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil.” –Kedahnews.com