GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang pada Ahad menafikan mengepung Balai Polis Air Itam sebelum menahan lima anggota yang bertugas di situ dalam serbuan awal pagi Sabtu, sebagaimana dilapor media.
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo berkata, serbuan itu berlandaskan undang-undang sedia ada dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihaknya.
"Pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu tidak mengepung balai polis berkenaan atau bertindak kasar terhadap anggota polis yang ditahan berkenaan sebaliknya mereka (SPRM) masuk melalui pintu utama balai.
"Pegawai SPRM turut memperkenalkan diri dan mengemukakan kad kuasa kepada polis balai itu sebelum menahan lima anggota berkenaan," katanya kepada Bernama di sini.
Beberapa media menerusi laman web pada Ahad melaporkan SPRM Pulau Pinang terpaksa mengepung balai polis itu sebelum menahan lima anggota yang dipercayai terbabit kes rasuah.
Menurut laporan media itu, dalam serbuan pukul 3 pagi Sabtu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit rasuah melibatkan jumlah wang yang besar.
Samarajoo berkata, tidak berlaku sebarang pergelutan semasa penahanan lima anggota termasuk seorang wanita itu sebaliknya mereka semua memberi kerjasama yang baik.
"Ada beberapa media (dalam talian) hari ini melaporkan SPRM mengepung balai itu terlebih dahulu semasa serbuan berkenaan sehingga ia menjadi viral di laman sosial dan memberi persepsi buruk kepada kami serta polis.
"Sebenarnya langsung tidak timbul perkara itu dan serbuan berkenaan juga adalah operasi biasa yang dilakukan SPRM selepas mendapat aduan.
"Ia juga bukan satu operasi khas yang dirancang secara khusus," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu.
Dalam serbuan itu, SPRM menahan lima anggota berusia 20 hingga 40 tahun terdiri daripada seorang berpangkat koperal, tiga lans koperal dan seorang anggota wanita berpangkat konstabel. - Bernama