Star Wars: Jaket Kulit Hans Solo Dilelong Pada Harga RM740k

SEHELAI jaket kulit yang pernah dipakai oleh Harrison Ford ketika memegang watak sebagai Han Solo dalam filem "Star Wars: The Force Awakens" telah terjual meerusi sebuah lelongan amal.

Lelongan amal itu bertujuan mengumpul dana penyelidikan bagi mencari ubat untuk penyakit epilepsi.

Dalam acara lelongan itu, lebih daripada 50 orang turut serta. Tawaran bidaan dibuka dengan harga minimum AS$15,000 bersamaan RM58,144.50.


Akhirnya, jaket Han Solo yang telah ditandatangani sendiri oleh Ford, 73; itu terjual dengan bidaan paling tinggi iaitu AS$191,000 (kira-kira RM740,373.30).

Hasil daripada lelongan itu disumbangkan kepada pihak Pusat Perubatan NYU Langone untuk dana penyelidikan bagi mencari penawar epilepsi.

Menurut laporan abcactionnews.com, anak perempuan Ford iaitu Georgina, 25; turut mengidap epilepsi dan pernah menerima rawatan di NYU Langone.

“Kami sangat hargai kemurahan hati Ford dan Lucasfilm untuk sokong penyelidikan FACES dan progam epilepsi klinikal di NYU Langone Medical Center,” kata Dr. Orrin Devinsky dalam satu kenyataan. -Kedahnews.com