Suspek dipercayai menumbuk dan memukul mangsa di lorong tepi sebuah stesen minyak di Sungai Besar. |
SABAK BERNAM – Seorang suami tidak dapat menahan marahnya apabila mengetahui isterinya dirogol hingga nekad bertindak membelasah lelaki berusia 27 tahun itu hingga menyebabkan dia meninggal dunia, pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek dan anaknya dikatakan pergi berjumpa mangsa di sebuah stesen minyak di Sungai Besar sebelum bertindak menumbuk dan membelasah mangsa menggunakan getah paip.
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Suprintendan Nor Azmi Isa, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai merogol wanita itu sebanyak dua kali di rumah suspek kira-kira jam 3 hingga 5.30 pagi, 15 April lalu.
“Kejadian itu menyebabkan suspek hilang pertimbangan dan membelasah mangsa di stesen minyak berkenaan. Tak cukup itu, suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumahnya di Parit 4, Sungai besar.
“Semasa mangsa berada dalam bilik, kaki mangsa diikat dengan tali getah dan turut diterajang serta dipukul menggunakan getah paip,” katanya.
Difahamkan, aksi suspek membelasah mangsa turut disaksikan isteri dan keluarganya sebelum seorang anaknya menghubungi polis melaporkan kejadian rogol ibu tirinya yang berusia 25 tahun itu.
“Mangsa kemudiannya dibawa Unit Peronda Polis (MPV) ke Balai Polis Sungai Besar. Semasa anggota MPV membawanya ke balai polis, mangsa masih lagi hidup.
“Bagaimanapun, ketika polis mengambil keterangan mangsa kira-kira jam 3.45 pagi hari sama, lelaki itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Hasil bedah siasat, punca kematian mangsa dilaporkan disebabkan pendarahan dalaman.
Berikutan itu, empat lelaki melibatkan suspek utama dan dua anaknya serta seorang anak angkat berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun ditahan reman sehingga 23 April ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes rogol mengikut Seksyen 376. –Kedahnews.com