Sabanun melipat baju sambil mengambil upah menjaga anak orang. |
ALOR SETAR - Seorang wanita yang hidup bermadu dari Taman Derga Jaya, di sini, mendakwa hilang tempat bergantung selepas suaminya terlantar akibat kemalangan pada Oktober lepas.
Sabanun Ismail, 46, berkata, hidup mereka anak beranak berubah sekelip mata selepas suaminya, Jamil Othman, 54, tidak lagi mampu bergerak.
“Sewaktu suami masih sihat, dia yang mengurus dan membeli barang keperluan rumah.
“Tapi sekarang hidup kami dah tak sama macam dulu. Kami mula hadapi masalah kewangan sampaikan ada anak yang terpaksa bekerja walaupun mereka masih bersekolah," katanya.
Kata Sabanun, dia buntu memikirkan masa depan bersama lima anak berusia antara 13 hingga 23 tahun, disebabkan pendapatannya sebagai pengasuh hanya RM600 sebulan.
Menurutnya, wang berkenaan diperuntukkan untuk membayar duit sewa rumah yang masih berbaki berpuluh ribu ringgit dan bekalan air serta elektrik.
“Malah kami anak beranak pernah ikat perut akibat masalah wang. Mujur dapat zakat dan bantuan Baitulmal,” katanya.
Menurutnya, tiga anak lelakinya termasuklah salah seorang yang masih bersekolah di tingkatan lima sanggup bekerja sambilan demi menampung perbelanjaan harian mereka.
"Anak sulung yang ada diploma pengurusan sanggup kerja sebagai pembantu kedai makan supaya tiga adik lagi dapat terus bersekolah," katanya.
Difahamkan, kini, suaminya, Jamil yang dahulunya bekerja sebagai pemain nobat dijaga isteri pertama, Norlia Salleh, 53, yang memiliki dua anak lelaki di kediaman mereka di Alor Binjal, Tajar, di sini.
Kata Sabanun, mereka anak beranak ingin membantu madunya dari segi keperluan perubatan, namun keadaan kewangan membataskan niat mereka.
Bagi mereka yang berhasrat membantu keluarga Sabanun, boleh berbuat sedemikian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya (02122-41-00007388-3).
Sumber: Sinar Harian