Suami Malas Mandi, Isteri Buat Laporan Polis

Gambar Hiasan
Hanya kerana suaminya malas dan enggan mandi, seorang wanita dari Uttar Pradesh, India mengambil keputusan membuat laporan polis selepas penat menasihati suaminya supaya membersihkan dirinya.

Memetik laporan dari media tamil, Malaysia Nanban, wanita itu mendakwa suaminya tidak akan mandi lebih dari sekali setahun.

Pasangan berkenaan yang tinggal di bahagian utara negeri tersebut telah berumah tangga sejak dua tahun lalu.

“Suami saya boleh hidup dengan tidak mandi selama berbulan-bulan sehinggakan bau badannya yang busuk membuatkan sesiapa sahaja sukar mendekatinya,” ujar wanita tersebut.

Wanita malang itu juga mendakwa dia dimarahi keluarga mertua apabila mengadu hal itu kepada mereka.

Difahamkan kali terakhir suaminya mandi adalah pada sambutan festival Holi yang disambut bulan lepas. – Kedahnews.com