Sudah Maafkan, Tapi Shazia Takkan Kembali Ke Pangkuan Aweera

Nurul Shazia
SELEPAS dilaporkan dipukul oleh bekas teman lelakinya Aweera, Nurul Shazia atau lebih mesra dengan panggilan Zia mengakui dia sudah memaafkan bekas kekasihnya itu.

Zia yang mengulas mengenai hubungannya dengan Aweera hanya menganggap tiada jodoh antara mereka walaupun telah menjalin hubungan cinta selama 9 tahun.

Aweera
“Saya maafkan dia, tetapi untuk mengulang kembali bersamanya, memang tidak sama sekali. Mungkin tiada jodoh antara kami, saya redha,” katanya di Karnival Bangkit Suria FM di Kuantan, Pahang.

Zia juga mendapat sokongan daripada ibu dan adik beradiknya untuk terus tabah dan tidak berputus asa dalam mengharungi kehidupannya.

“Keluarga saya sangat memahami dan menyokong saya termasuklah menyokong karier saya. Selepas apa yang terjadi, mak saya sentiasa berada bersama saya supaya saya lebih tenang.

“Alhamdulillah, berkat sokongan dan doa, saya tidak mahu mengenang perara yang sudah berlalu,” katanya. – Kedahnews.com