Pengarah JPN Kedah, Datuk Azuyah Hassan |
ALOR SETAR - Syarikat keselamatan yang didakwa tidak membayar gaji lebih tiga bulan kepada beberapa pekerja hingga mereka mogok dengan mengunci pintu pagar utama sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di sini, berdepan tindakan pembatalan kontrak.
Tindakan intervensi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan sekolah akan diambil berdasarkan persetujuan Kementerian Pendidikan setelah siasatan lanjut dibuat terhadap syarikat terbabit yang turut mendapat kontrak untuk lapan sekolah lain di negeri ini.
Pengarah JPN Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, pihaknya amat memandang serius masalah itu kerana isu kewangan tidak sepatutnya timbul terutama melibatkan syarikat kawalan keselamatan.
Beliau menerima laporan pada 14 April lalu dari sekolah berkenaan mengenai tiada pengawal keselamatan di pos kawalan dan murid tidak dapat masuk ke kawasan sekolah kerana pagar berkunci.
“Seorang guru memanjat pagar untuk mengambil kunci di pos kawalan sebelum murid dapat memasuki sekolah seperti biasa,” katanya kepada media semalam.
Menurutnya, sesi perbincangan antara JPN Kedah, PPD Kota Setar dan pihak sekolah diadakan keesokannya untuk menyelesaikan masalah itu.
“Sepatutnya tidak timbul isu kewangan kerana pembayaran gaji menggunakan khidmat syarikat pemfaktoran. JPN Kedah membuat pembayaran terus kepada syarikat terbabit.
“Saya difahamkan, pengurusan syarikat keselamatan itu membayar gaji secara tunai kepada pekerja terbabit pada hari kejadian. Saya anggap kes ini selesai," katanya.
Bagaimanapun, JPN Kedah tetap mengeluarkan surat penjelasan kepada syarikat keselamatan berhubung isu yang berlaku.
“Kita akan terus memantau perkhidmatan syarikat itu bagi memastikannya mematuhi perjanjian.
“Jika didapati menyalahi peraturan kontrak sedia ada, tindakan lanjut akan diambil mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Pada Khamis lalu, beberapa pengawal keselamatan yang ditugaskan di SJKC berkenaan mendakwa tidak dibayar gaji selama lebih tiga bulan menyebabkan mereka bertindak mengunci pintu pagar utama sekolah.
Perkara itu menyebabkan murid yang tiba seawal 6.15 pagi tidak dapat memasuki kawasan sekolah dan menunggu lebih setengah jam sebelum pintu dapat dibuka.
Kali terakhir mereka menerima sebahagian gaji ialah Januari lalu dan syarikat berkenaan berjanji untuk membayar selebihnya secara ansuran termasuk gaji Februari dan Mac sebelum 10 April lalu.
Akibat tekanan, pengawal keselamatan itu sepakat mengadakan mogok dengan mengunci pintu pagar utama sekolah berkenaan.
Sumber: Sinar Harian