Carlos Adonis Ramos-Erazo |
Malang menimpa seorang lelaki yang terpaksa kencing dan berak dalam kereta peronda polis selepas dia ditangkap kerana memecut kenderaannya semata-mata mahu ke tandas.
Namun alasan berkenaan tidak diterima oleh polis di Lake County, Florida yang telah menahan suspek, Carlos Adonis Ramos-Erazo.
Dia ditahan kerana memandu 75km/sejam dalam zon 55km/sejam. Apabila ditanya oleh polis kenapa memecut, Carlos memberitahu dia terpaksa ke tandas.
Polis bagaimanapun tidak melihat alasan itu sebagai logik dan meminta Carlos keluar dari kereta, tetapi disebabkan Carlos enggan, mereka telah membuka keretanya.
Carlos cuba melarikan diri tetapi dia telah ditembak dengan taser dan dimasukkan ke dalam kereta peronda untuk ke balai polis.
Ketika itu Carlos telah berhenti betul-betul di depan rumahnya dan cuba berlari masuk ke dalam rumahnya untuk melepaskan hajat, tetapi telah dihalang polis.
Dalam perjalanan ke balai, Carlos yang tidak tahan lagi, telah berak dan kencing dalam kereta polis.
Carlos bakal berdepan tuduhan melawan ketika ditangkap.
Mungkin hakim boleh mengurangkan hukuman ke atasnya memandangkan dia berbuat demikian hanya semata-mata mahu ke tandas. -Kedahnews.com