Gambar Hiasan |
ALOR SETAR - Orang ramai dinasihati supaya mengambil tahu hal persekitaran termasuk jiran tetangga bagi mengekang penyebaran ideologi militan DAESH.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bimbang masyarakat terlepas pandang ancaman ideologi pengganas menyerap dalam kalangan masyarakat.
"Kecenderungan manusia yang terpengaruh dengan DAESH ini sebenarnya amat besar.
"Apatah lagi janji-janji syurga yang seolah-olah jihad mereka ini adalah jihad yang benar dan jalan pintas ke syurga," kata Asyraf ketika ditemui pada Majlis Kunjung Hormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman Menteri Besar, di sini, semalam.
Tambahnya, peranan masyarakat adalah sangat signifikan dalam memerangi penyebaran ideologi jahat militan DAESH.
Berdasarkan rekod setakat ini, Kedah merupakan negeri yang mencatatkan kes tertinggi mereka yang terlibat dengan aktiviti militan.
Malah angka kematian warga Malaysia yang menyertai kumpulan militan tersebut di Syria kini meningkat kepada 19 orang.
Kematian terbaru melibatkan seorang individu berasal dari Padang Pusing, Pendang, Kedah yang dikenali sebagai Abu Kedah @ Abu Bashir Al-Malazy.
Nama sebenarnya ialah Abdul Ghani Yaacob terbunuh dalam pertempuran di wilayah Al-Khair, Syria pada 17 April lepas.
Sumber: Awani