"Topless" Dalam Kereta Polis, Anggota Polis Wanita Digantung Kerja

SEORANG anggota polis wanita Mexico telah digantung daripada menjalankan tugasnya selepas dia bertindak memuat naik gambar toplessnya di dalam sebuah kereta polis dalam keadaan memakai pakaian seragam.

Nidia Gracia didapati memuat naik gambar separa bogel dirinya itu menerusi akaun Facebook miliknya dan rata-rata dilihat memuji kecantikan wajah dan bahagian tubuh badannya yang cukup montok.

Ada juga yang berpendapat bahawa Nidia akan menjadi saingan kepada ramai model kecantikan lain.

Akibat penayangan hasil kecantikan semula jadi yang ditayangkan kepada awam, gambar tersebut telah menjadi viral melalui laman sosial sehingga mendapat perhatian badan berunifom di Mexico.

Nidia Gracia
Pihak polis kemudian telah menggantung Gracia kerana melaukan kesalahan yang dianggap menghina kerjaya pakaian seragam yang sedang dipakai olehnya ketika gambar tersebut diambil.

Selepas menerima penggantungan kerjanya, Gracia telah memohon maaf secara terbuka di akaun Facebook-nya:

“Saya melakukan kesilapan kerana mengambil gambar tersebut ketika masih berpakaian seragam, maafkan saya.

“Saya juga meminta maaf kepada kesemua unit berpakaian seragam atas tindakan tidak bermoral yang telah saya lakukan tempoh hari," katanya.

Dia yang juga merupakan seorang isteri dan emak kepada dua orang walau bagaimana pun dilihat telah moved on daripada peristiwa itu apabila kembali aktif di akaun Facebook miliknya. –Kedahnews.com