MENERUSI satu perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram pagi tadi, pelakon dan penyanyi Abby Abadi seolah-olah memberi ‘hint’ memaklumkan berita duka bahawa dia mengalami keguguran.
Menurut isteri kepada Jai Ezzany ini, dia redha dengan apa yang berlaku dan percaya Allah SWT lebih tahu perancangan terbaik buat dirinya.
Pada masa yang sama, Abby turut memohon maaf kepada para peminatnya kerana merahsiakan berita kehamilannya itu.
“Mohon ampun dan maaf sebab sebelum ini saya berteka-teki tentang kandungan saya.
“Antara sebabnya ialah, takut apa-apa terjadi kalau bercerita dari awal. Jadi ingat nak simpanlah dulu. Maklumkan pada sahabat rapat dan keluarga Umaima je.
“Tapi terjadi juga. InshaAllah.. saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Terima Kasih Allah untuk pengalaman ini,” tulisnya.
Rata-rata peminat juga dilihat meninggalkan kata-kata semangat dan ucapan positif di ruangan komen laman sosial miliknya.
Difahamkan, Abby mengalami ‘tumpah darah’ ketika mahu pergi menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah, pada Khamis.
Sebelum ini, pelakon dan bekas suami Abby iaitu Norman Hakim turut memberi ‘hint’ Abby sedang mengandung apabila menggelarnya ‘Mak Buyung’ namun Abby ketika itu tidak memberi sebarang komen tentangnya.
Semoga Abby dan suami tabah menghadapi dugaan ini. - Kedahnews.com