Usah Main Retorik Politik, 1MDB Tempelak Anggota PAC

Tony Pua
SHAH ALAM – Ahli panel Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua perlu menghormati kehendak kolektif PAC dan tidak hanya bermain dengan retorik politik.

Badan pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB) menerusi kenyataan yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook rasminya berkata, pihaknya sudah memberikan semua dokumen yang ada dalam simpanan mereka kepada Jabatan Audit Negara.

Menurut pihak 1MDB juga, mereka juga telah menerangkan kepada JAN tentang dokumen yang masih tidak diperoleh oleh jabatan itu.

“Laporan konsesus telah dilakukan dengan dokumen yang menyeluruh dan proses itu juga telah dimuktamadkan. PAC juga telah meminta agensi penguat kuasa yang berkaitan untuk menyiasat lebih lanjut perkara-perkara tertentu,” kata kenyataan terbabit.

Semalam menerusi sebuah sidang media, Tony Pua mengakui hanya berpuas hati sebanyak 80 peratus dengan Laporan PAC berkaitan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang dibentang di Parlimen baru-baru ini.

Jelas Tony, ia berikutan terdapat banyak perkara yang masih belum diselesaikan oleh pihak 1MDB sepanjang mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan.

“Tidak perlu bermain dengan retorik politik dan benarkan pihak berkuasa yang sah untuk melakukan kerja mereka,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber: Sinar Harian