JIKA anda seorang yang menggemari muzik, pasti alas meja ini paling sesuai dijadikan hadiah untuk diri anda sendiri.
Sebuah syarikat tekstil di Sweden, Smart Textiles telah mereka satu alas meja yang ditambah dengan aplikasi piano dan drum untuk rekaan inovasi unik tersebut.
Menurut perekanya, Li Guo dan Matt Johansson mereka telah bekerjasama menghasilkan alas meja muzikal itu sejak tahun lalu lagi.
“Kami mahu gabungkan bunyi dan tekstil dalam satu rekaan yang cukup menyeronokkan. Saya merupakan seorang peminat muzik, jadi kami mendapat idea untuk menghasilkan alas meja muzikal,” katanya.
Mereka menggabungkan wayar yang dimasukkan ke dalam ruang kain alas itu dan apabila pengguna meletakkan tangan mereka di atas sensor itu, secara tidak langsung, ia akan menghasilkan bunyi yang telah ditetapkan oleh mereka.
Alas meja muzikal ini masih lagi dalam penyelidikan dan akan terus dipasarkan sekiranya ia diuji di peringkat akhir kelak. –Kedahnews.com