VIDEO: Pelakon Wanita Tampar Wartawan Mabuk Tersungkur Ke Lantai

Kristen Bell
Pelakon wanita, Kristen Bell bertindak menampar muka seorang wartawan selepas lelaki berkenaan cuba memegangnya ketika ditemuramah pada majlis tayangan perdana filem terbaharunya, The Boss.

Media antarabangsa, Daily Mail dalam laporannya mendakwa bahawa wartawan berkenaan yang dikenali sebagai Kevin Donnelly dikatakan dalam keadaan mabuk selain bertanya soalan merepek kepada Kristen.

Malah tidak seperti kebiasaan wartawan lain, Kevin dilihat sedang menghalakan mikrofon terlalu dekat pada wajah Kristen sebelum pelakon itu menolaknya.

Kristen yang mungkin tidak selesa dengan situasi berkenaan bertindak meninggalkan wartawan berkenaan sebelum bertindak menampar wajah lelaki itu yang cuba menyentuhnya sebelum dia tersungkur di lantai. -Kedahnews.com