SEBUAH kereta milik seorang penyokong PKR rentung akibat dibakar oleh dua penunggang motorsikal tidak dikenali dalam kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya, di jalan Penghulu Abu Bakar, Klang.
Difahamkan, mangsa dibelasah teruk oleh kumpulan lalaki berkenaan yang kemudian mengugutnya kerana dilihat dalam satu laporan berita mengenai penglibatannya dalam kes wakit rakyat PKR, Seri Andalas, Klang, Xavier Jayakumar.
Mangsa kemudiannya memberikan keterangan kepada polis selepas berjaya melarikan diri ke dalam kawasan semak.
Susulan perkara berkenaan, Setiausaha PKR cawangan Kelana Jaya, S. Murali, memberitahu kemungkinan dalang perbuatan khianat tersebut disyaki telah dilakukan oleh puak penyokong Xavier.
“Semalam lebih kurang pukul tiga pagi, kenderaan pengadu yang membuat laporan polis berkenaan kes Xavier, telah dibakar di hadapan rumahnya.
‘Kenderaan jenis Proton Satrianya itu dibakar dan kami syak dalang perbuatan ini adalah daripada penyokong Xavier,’ katanya.
Dia juga mengharapkan siasatan segara diambil keatas ADUN Seri Andalas itu yang mana Murali turut menegaskan berkali-kali mengenai kesalahan insiden vandalisme yang berlaku.
“ADUN tak ADUN, undang-undang perlulah kepada semua,’ tegasnya.
Difahamkan mangsa mengalami beberapa kecederaan dan kini menjalani rawatan di hospital berhampiran. -Kedahnews.com