Maisarah Raihan |
DEK kerana wajah mirip artis terkenal tanah air, seorang wanita tiba-tiba menjadi popular dan mendapat perhatian di laman sosial selepas beberapa keping gambarnya menjadi viral.
Wanita bernama Maisarah Raihan, 20, ini dikatakan mempunyai wajah mirip seakan-akan Datuk Siti Nurhaliza dan Neelofa.
Tuah wajah cantik yang dimiliki mirip bintang terkenal itu juga membuatkan rezeki Maisarah semakin murah apabila ramai yang mahu menyuntingnya untuk menjadi model dan duta produk.
“Sejak zaman sekolah lagi ramai yang tegur saya seperti Izara Aishah, namun bila sudah meningkat dewasa dan memakai tudung ramai pula menyapa saya seperti Siti Nurhaliza dan Neelofa.
“Secara jujurnya, selepas gambar saya menjadi viral kerana dikatakan seperti beberapa artis memang memberi rezeki. Saya banyak menerima tawaran menjadi model dan duta produk.
“Dari segi tawaran semuanya suami saya yang uruskan dan dia tapis dahulu sebab kalau boleh saya tidak suka wajah saya terlalu kerap keluar di laman sosial,” ujarnya kepada mStar Online.
.
Maisarah wajah mirip SitiDalam pada itu, Maisarah masih lagi dalam pertimbangan untuk menerima beberapa pengeluar produk yang ingin melantiknya sebagai duta.
Jelasnya, dia masih lagi belajar di sebuah universiti swasta di selatan tanah air dan hal itu menyukarkan dia untuk memberi komitmen sepenuhnya terhadap produk tertentu.
Maisarah telah pun bergelar isteri kepada Mohd Zharif, 25, pada Mac lalu. -Kedahnews.com