Selepas tiga bulan berdepan cuaca panas ekoran fenomena El Nino, akhirnya bumi Kedah dibasahi hujan semalam. - Foto Bernama |
ALOR SETAR - Selepas tiga bulan berdepan cuaca panas ekoran fenomena El Nino, akhirnya bumi Kedah dibasahi hujan semalam.
Hujan agak lebat selama kira-kira 30 minit itu berlaku di sekitar bandar Alor Setar dan Sungai Petani.
Jabatan Meteorologi Kedah memaklumkan dalam tempoh tiga bulan bermula Januari hingga Mac, kadar kekerapan hujan adalah sedikit iaitu sebanyak sembilan hari dalam tempoh 91 hari.
Pada bulan Januari, Alor Setar hanya menerima hujan sebanyak enam kali, dua kali dalam Februari dan hujan hanya sekali pada bulan lepas, iaitu pada 13 Mac.
Seorang penduduk di sini, Mohd Afizi Ismail, 26, berkata, dia bersyukur kerana akhirnya hujan turun walaupun sekejap dan ini dapat membantu menurunkan suhu tinggi yang mencecah 36 darjah celcius hari ini.
"Walaupun hujan turun sekejap sahaja, saya dapat rasa penurunan pada suhu dan berharap selepas ini cuaca akan kembali seperti biasa dan keadaan cuaca panas tidak lagi berterusan," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - Bernama