Sharifah sentiasa berada di samping ibunya. |
KULIM - "Walaupun saya sendiri sakit, namun saya terpaksa gagahkan diri untuk menjaga mak yang terlantar sakit." Luah seorang pesakit jantung yang menjaga ibunya sejak sebulan lalu di Kampung Lindungan Raja.
Sharifah Ariffin, 46, mempunyai masalah injap jantung sejak tahun lalu berkata, ibunya (Teh Yah Ismail, 85) jatuh sakit selepas mengetahui mengenai penyakitnya itu.
“Sebelum ini, mak sihat dan boleh bergerak sendiri, namun bila dia tahu saya ada masalah jantung mak sering berfikir dan tertekan sehingga dia jatuh sakit,” katanya.
Menurutnya, sejak disahkan mengidap penyakit jantung, dia tidak boleh melakukan kerja berat.
“Sekarang ini memang saya tak boleh nak buat apa. Nak uruskan mak pun saya tak mampu.
"Kalau saya buat benda berat degupan jantung jadi laju dan sakit saya akan bertambah teruk, doktor juga nasihatkan saya tak lakukan kerja berat," katanya.
Sharifah berkata, dahulu dia aktif mengusahakan perniagaan menjual bahulu, namun terpaksa menutupnya selepas disahkan sakit jantung.
"Bukan tak ada permintaan tapi keadaan saya yang tak mengizinkan.
"Kini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada suami (Che Rahim Mohd Nor, 47) yang bekerja kampung," katanya.
Katanya, kini dia juga perlu berulang alik ke Hospital Pulau Pinang setiap minggu untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat.
“Suami pun tak boleh pergi kerja jauh-jauh kerana perlu menghantar saya ke hospital dan membantu saya menguruskan mak terutama bila hendak mandi," katanya.
Sharifah berkata, dia juga memerlukan bantuan kerusi roda untuk memudahkan ibunya ke bilik air dan sebagainya.
“Saya perlukan kerusi roda untuk mak kerana bila suami keluar bekerja saya tak mampu nak angkat ke bilik air, kalau ada kerusi roda mudah sikit,” katanya.
Ibu anak empat itu juga berkata, dia juga memohon bantuan bagi membantu meringankan bebannya sekeluarga yang hilang punca pendapatan selepas perniagaan membuat bahulu ditutup.
“Setakat ini, anak-anak bantu bayar hutang bengkel bahulu yang saya pinjam daripada Tabung Ekonomi Usahawan Kumpulan Niaga (Tekun), tapi mereka juga ada tanggungan sendiri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian