Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail |
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak akan menyertai kempen Selamatkan Malaysia yang dipelopori Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang.
Malah, beliau merasakan tiada keperluan untuk menyertai kempen tersebut.
"Buat masa ini, saya tidak perlu (menyertainya)," kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kepada pemberita di lobi Parlimen.
Wan Azizah ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpunan susulan yang dianjurkan Pakatan Harapan.
Kempen "Selamatkan Malaysia" dilancarkan pada Februari lalu, diketuai Dr Mahathir.
Setakat ini, kempen itu mendapat sokongan kira-kira 50 pemimpin dari kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang selain aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sumber: mStar