Waris Akui Sikap Lebih Matang Selepas Berkahwin

Waris
PENYANYI rap kelahiran Negeri Sembilan, Waris mengakui keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang merupakan salah satu keputusan yang terbaik pernah dilakukan olehnya.

Tambah Waris, kehidupan selepas berkahwin banyak merubah cara hidup dan dirinya serta tanggungjawab sebagai seorang suami telah banyak mematangkannya.

“Memang betul apa yang diperkatakan, gaya hidup dan perangai saya sudah banyak berubah selepas mendirikan rumah tangga. Saya kini lebih bersabar dan lebih matang berbanding dahulu”

“Kalau saya tahu saya akan berubah ke arah yang lebih baik, sudah lama saya berkahwin.

"Memang susah untuk menukar persepsi orang luar kerana mereka tidak berada disekeliling saya. Namun lama-kelamaan perkara tersebut semakin pudar kerana hubungan dengan media semakin baik.

"Seperti kawan baharu, kita akan mengambil masa untuk mengenali satu sama lain," katanya kepada BH Online.

Sebelum ini Waris pernah berdepan dengan dakwaan yang mengatakan dia semakin besar kepala dan kurang berdisiplin selepas menolak pelawaan untuk penggambaran fotografi.

Ada juga khabar angin mengatakan Waris sukar memberikan kerjasama untuk sesi temu bual bersama media tempatan. -Kedahnews.com