Whatsapp Kini Boleh Bold, Italic Dan Strikethroughs


APLIKASI pesanan WhatsApp kini semakin meluas digunakan hingga boleh dikatakan setiap kita biasanya mempunyai beberapa grup yang menghimpunkan keluarga, rakan-rakan alumni, saudara mara mahupun rakan sekerja.

Disebabkan kegunaan yang kian meluas dan tak hanya terbatas pada perbualan santai semata-mata WhatsApp dilihat melakukan penambahbaikan dari masa ke masa.


Jika sebelum ini perubahan bagi menjaga privasi pengguna, membolehkan dokumen besar dikongsi dan sebagainya diperkenalkan, terbaharu WhatsApp membolehkan perkataan yang ingin dikirim dengan aplikasi ini digelapkan (bold), diserongkan hurufnya (italic) atau digaris (strikethroughs).

Mungkin penambahbaikan ini tidak ramai sangat yang mahu menggunakannya melainkan jika ada banyak masa atau membantu kerja tapi ianya tetap memberi nilai tambah buat aplikasi pesanan paling popular ini. –Kedahnews.com