Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya akan dilaksanakan di 18 plaza tol di enam lebuh raya bermula dari 12 tengah hari 1 Jun ini.
Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia Sazally Saidi berkata semua transaksi di plaza tol berkenaan akan dikendalikan menerusi kad Touch ‘n Go atau SmartTAG.
“Ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang mudah dan selesa bagi membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar di setiap plaza tol terbabit serta selari dengan hasrat kerajaan mengalakkan pengunaan sistem ini,” katanya pada sidang media di Hentian Sebelah Plaza Tol Loke Yew semalam.
Sehingga 1 Jun ini, kesemua 2,282 lorong tol di semua lebuh raya telah dinaik taraf dan boleh menerima bayaran tol secara elektronik yang merangkumi 1,176 lorong Touch ‘n Go, 610 lorong mod campuran (tunai dan Touch ‘n Go) serta 496 lorong SmartTag.
Plaza-plaza tol terbabit ialah Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di Lebuhraya Sungai Besi, Plaza Tol Bagan Ajam, Plaza Tol Perai dan Plaza Tol Sg Nyior di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) serta Plaza Tol Sungai Ramal, Plaza Tol Bukit Kajang, Plaza Tol Sungai Long, dan Plaza Tol Sungai Balak di Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK).
Turut terlibat ialah Plaza Tol Ayer Hitam, Plaza Tol SKVE Saujana Putra, Plaza Tol Teluk Panglima Garang dan Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Plaza Tol JSAHMS di Lebuhraya Jambatan Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah (JSAHMS), serta Plaza Tol Bukit Raja, Plaza Tol Kapar, Plaza Tol Kapar Moc A dan Plaza Tol Kapar Moc B di Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (GRAND SEPADU).
Sazally berkata hebahan awam bagi pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik itu dilakukan melalui media cetak, laman sesawang setiap syarikat konsesi, pengedaran risalah selain melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook sejak Mac lepas.
Beliau berkata syarikat konsesi lebuh raya terbabit akan menawarkan beberapa insentif kepada pengguna termasuk pengedaran 108,500 kad Touch ‘n Go secara percuma dan pengguna hanya perlu membayar nilai kredit RM5.
Selain itu, SmartTAG dijual RM104.95 seunit (termasuk cukai barang dan perkhidmatan enam peratus) dengan tambah nilai minimum kad Touch ‘n Go RM20 serta pemberian rebat sebanyak 10 peratus selama dua bulan untuk kenderaan kelas 1 bermula 1 Jun hingga 31 Julai ini.
“Kami menjangkakan pada 2017/2018, hanya sistem bayaran tol secara elektronik yang akan digunakan di semua plaza tol lebuh raya di seluruh negara,” katanya.
Selaras dengan pelaksanaan sistem itu, lebuh raya terbabit akan memanjangkan waktu operasi pusat khidmat pelanggan dari 7 pagi hingga 10 malam berbanding 8 pagi hingga 5 petang sebelum ini.
Lorong tambah nilai juga akan beroperasi 24 jam setiap hari, katanya. – BERNAMA