Gambar Hiasan |
KUANTAN – Sejumlah 253 Orang Asli di Pahang memeluk agama Islam dan berdaftar dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi tahun 2015.
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata statistik juga menunjukkan sehingga Februari lalu, sejumlah 65 orang masyarakat Orang Asli memeluk Islam.
“Mereka (Orang Asli) ini yang datang berjumpa kita dan meminta kita untuk mengajar mereka mengenai agama Islam. Apabila mereka menyatakan hasrat memeluk Islam, kita akan bertanya untuk kepastian kerana tidak mahu mereka memeluk Islam atas alasan lain,” katanya.
Syed Ibrahim berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini semalam, bagi menjawab soalan Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (BN-Bebar) berhubung jumlah Orang Asli yang memeluk Islam.
Beliau juga bersetuju dengan Mohammad Fakhruddin agar penyelenggaraan konsisten dilakukan ke atas kemudahan infrastruktur seperti surau di kawasan Orang Asli, selain pendaftaran mualaf lebih sistematik dilakukan bagi mengelakkan masalah berbangkit.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob yang menjawab soalan Datuk Mohd Fadil Osman (BN-Kemayan) berkata kerajaan negeri tidak terlibat dan tidak bercadang melakukan pengubahsuaian Bajet 2016 seperti dilakukan Kerajaan Persekutuan.
Pada persidangan sama, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan kerja membaiki, pengubahsuaian dan menaik taraf gerai makan di Lurah Semantan Temerloh yang bermula sejak 13 Julai 2015 akan siap pada 25 Jun ini dengan kos RM1.4 juta.
“Kita juga akan memastikan penyewa kedai tidak memberi sewaan kepada orang lain kerana apabila diberi sewa pada A, maka A yang patut berniaga,” katanya. – BERNAMA