284 GRO, Tukang Urut Ditahan Dalam Tempoh Seminggu

Gambar Hiasan
ALOR SETAR - Seramai 284 orang tukang urut dan GRO disahkan telah ditahan pihak berkuasa di beberapa negeri dalam operasi yang dijalankan sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Penangkapan anasir negatif berbentuk maksiat itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman akaun Facebooknya, hari ini.

Menurut Khalid, tangkapan dan penahanan tersebut dilakukan oleh Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) dalam serbuan berasingan di beberapa lokasi.

“Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat sepanjang minggu lepas di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sabah. Tangkap 284 orang tukang urut dan GRO,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Dalam perkembangan lain, seramai 416 individu telah ditahan manakala 1987 komputer dirampas dalam serbuan yang dilakukan di beberapa pusat perjudian pada minggu lalu.


“Gempur judi sepanjang minggu lepas (berlaku) di Selangor,Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kedah,” katanya lagi. -Kedahnews.com