Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit, semalam. |
POKOK SENA - Dua sahabat maut dan dua lagi rakan mereka cedera parah selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum jatuh ke dalam longkang di Kilometer 29.5 Jalan Naka-Pokok Sena berhampiran Masjid Kampung Bukit di sini, pagi kelmarin.
Dalam kejadian 4.30 pagi itu, pemandunya, Ahmad Faiz Ahmad Nizam, 25, dari Arau, Perlis dan seorang wanita, Devi Som Voon, 21, dari Kampung Kuala Beris, Sik yang duduk di bahagian belakang pemandu maut di tempat kejadian.
Dua rakan mereka yang cedera parah, Ai Rune Ai Sine, 23, dari Pokok Sena duduk di bahagian penumpang hadapan dan Mohd Fauzi, 20-an dari Perak duduk di bahagian penumpang belakang bahagian kiri.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner, Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan selepas melepasi selekoh dan terbabas ke kiri jalan sebelum terperosok ke longkang berdekatan.
Katanya, kejadian itu menyebabkan pemandu kereta itu tersepit di tempat duduk dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala wanita berketurunan Siam itu pula tercampak ke luar dan meninggal dunia di lokasi sama.
“Kesemua mangsa yang menaiki kereta Perodua Viva itu dalam perjalanan dari Naka menghala ke Pokok Sena sebelum kejadian.
“Mayat dan mangsa kemalangan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Ahli keluarga masing-masing berhimpun di pekarangan bilik mayat HSB kira-kira jam 11 pagi, bagi menguruskan tuntutan mayat mangsa.
Menurut kakak ipar kepada Devi, Pijanus Kereng, 28, kali terakhir mereka bertemu pada Jumaat lalu, sebelum mangsa dikatakan dijemput oleh rakan-rakannya itu.
“Saya tak tahu ke mana mereka nak pergi dan hanya maklumkan mahu ke luar bersama rakannya saja.
“Pagi tadi saya dapat panggilan mengatakan dia sudah mati dan saya seperti tak percaya kerana tak ada sebarang perubahan kepada adik ipar saya itu,” katanya.
Menurut Pijanus, mereka menetap di Naka dan hubungannya dengan Devi yang juga seorang janda sangat rapat kerana adik iparnya itu ibu susu kepada anak sulungnya, Pharapat Man yang berusia setahun.
“Sebelum ini Devi pernah melahirkan anak tetapi tidak cukup bulan dan meninggal dunia semasa dia masih berkahwin.
“Selepas itu dia bersedia untuk menjadi ibu susu kepada anak saya yang dilahirkan pada masa sama,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba, Nur Hafizah Mohamad Lokman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.31 pagi dan operasi menyelamatkan mangsa berakhir pada jam 6.30 pagi.
Sumber: Sinar Harian