TREND mengambil gambar sendiri atau lebih tepat dipanggil selfie sudah menjadi satu kebiasaan kepada generasi muda baik lelaki mahupun wanita.
Lihat sahaja di laman sosial Instagram ataupun Facebook, begitu ramai
yang berkongsikan gambar-gambar selfie, serta tidak ketinggalan ‘wefie’ yang diambil secara beramai-ramai menggunakan monopod.
Kami senaraikan di bawah, lima aplikasi suntingan foto yang boleh
digunakan untuk memberi impak lebih magis untuk gambar anda seperti yang
dikongsikan di laman sesawang michelephan.com.
SNUG (iPhone)
Rimas lihat profil Instagram mempunyai foto tidak selari tema dan
warna, Snug membolehkan anda lihat kembali foto lama di Instagram.
Anda boleh memilih gambar sesuai untuk diletakkan sebaris dengan gambar baru. Bahasa mudah, Snug bertindak sebagai aplikasi ‘preview’ untuk membantu anda buat pilihan foto tepat sebelum dipaparkan.
VSCO (Android & iPhone)
Aplikasi paling diminati ramai, sesuai bagi anda yang gemarkan
fotografi. Pelbagai fungsi terbaik dapat diguna yang membolehkan gambar
suram menjadi ceria dan cantik! Dengan pelbagai jenis ‘filter’ gambar, ia sesuai untuk anda yang suka bereksperimentasi dengan warna.
Afterlight (iPhone & Android)
Jika anda benar-benar mahu edit gambar, ini adalah aplikasi sesuai untuk dicuba. Menawarkan 15 jenis elemen suntingan, 74 jenis filter, 128 bingkai gambar serta 78 jenis tekstur yang boleh dipadankan ke atas foto untuk wujudkan kelainan.
Enlight (iPhone)
Untuk yang berjiwa seni, anda boleh bereksperimen dngan aplikasi ini.
Gambar selfie boleh diedit menjadi lukisan selain menggabungkan
beberapa foto selfie untuk dijadikan kolaj.
Apa yang pasti, ia turut mempunyai pilihan ‘paintbrush’ yang berfungsi menambah tulisan atau lukisan warna-warni pada gambar.
Facetune (iPhone & Andoid)
Dicipta syarikat yang mengeluarkan aplikasi Enlight tetapi apa yang
membezakan kedua-duanya ialah aplikasi ini khas untuk menonjolkan
kecantikan wajah seseorang dalam gambar selfie.
Lingkaran gelap mata boleh dihilangkan, menghaluskan kulit, tambah
sedikit pemerah pipi pastinya membuatkan foto anda kelihatan
profesional. –Kedahnews.com