Sebahagian pengawal keselamatan membantah tindakan majikan mereka yang gagal memberikan gaji minimum kepada mereka sejak Januari hingga Mac lalu. |
PENDANG - Seramai 50 pengawal keselamatan sekolah di daerah ini berhimpun di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang bagi membantah tindakan majikan mereka yang didakwa gagal memberi gaji minimum sebanyak RM900 sejak Januari lalu.
Yang Dipertua Kesatuan Kebajikan Pengawal Keselamatan Kedah, Abu Bakar Senawi berkata, pengawal keselamatan sekolah di daerah itu selama ini hanya dibayar gaji sebanyak RM630 sebulan oleh syarikat berkenaan.
Menurutnya, mereka berharap pihak majikan akan membayar gaji RM900 bermula bulan ini dan tunggakan gaji yang selebihnya sejak Januari hingga April lalu.
“Kami kecewa kerana pihak majikan tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepanjang tempoh percubaan dari Januari hingga Mac.
“Kami sudah beberapa kali berbincang dengan majikan, tetapi keputusannya sungguh mengecewakan, malah pihak majikan sering berdolak-dalik memberi keputusan.
“Paling mengecewakan lagi pihak berkenaan juga turut menyalahgunakan cop Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pada beberapa dokumen untuk meyakinkan kami bahawa ia adalah pengesahan daripada PPD,” katanya.
Menurut Abu Bakar, masalah seperti itu turut dialami 1,000 pengawal keselamatan di negeri ini di bawah majikan lain, sekali gus menjejaskan perkhidmatan mereka.
“Oleh itu saya meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan kebajikan pengawal keselamatan yang kebanyakannya datang dari keluarga susah, ibu tunggal dan penoreh,” katanya.
Pengawal keselamatan, Abdullah Othman, 54, berkata, dia kecewa dengan majikannya yang hanya memberikan gaji RM630 setiap bulan, sedangkan sebelum ini kerajaan sudah menetapkan gaji pengawal keselamatan.
Katanya, pendapatan yang diperoleh tidak mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga setiap hari berikutan kos sara hidup tinggi.
“Saya mempunyai tujuh anak dan lima darinya masih bersekolah. Gaji yang diterima sekarang tak cukup. Kadang saya terpaksa meminjam bagi menyara keluarga.
“Saya juga sangat sedih kerana setiap kali syarikat baru mengambil alih, gaji kami juga akan diturunkan seperti pelatih baru, sedangkan ramai yang berpengalaman sebagai pengawal keselamatan. Jika keadaan berterusan.. sampai bila pun gaji kami tak akan naik dan ini menjejaskan pendapatan kami,” katanya.
Sementara itu, wakil syarikat keselamatan, Jamilah Dat ketika ditemui mengakui membayar gaji asas sebanyak RM630 kepada pengawal keselamatannya.
“Bagaimanapun bayaran itu dilakukan hanya sementara sahaja selama tempoh percubaan bermula dari Januari hingga Mac seperti yang ditandatangani pekerja sebelum ini.
“Hari ini syarikat sudah pun mengeluarkan surat tawaran baharu dengan setiap pengawal akan menerima RM900 setiap bulan yang berkuat kuasa mulai bulan ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian