Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Pindaan Kuasa Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.
Namun begitu, usul berkenaan ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan.
"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, difahamkan RUU yang dikatakan berkaitan hukum hudud tersebut telah ditentang hebat oleh ahli-ahli parlimen dari Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR.
Ketika ditanya pemberita mengapa usul berkenaan dibawa ke sidang Dewan Rakyat untuk sesi akan datang, Abdul Hadi memaklumkan bahawa usul tersebut baru dibentangkan di Parlimen hari ini untuk menaik taraf mahkamah syariah.
Abdul Hadi yang juga Presiden Pas memaklumkan bahawa ini kali keempat beliau mengemukakan usul berkenaan sejak tahun 1995 dan ianya hanya berkaitan orang Islam sahaja.
"Usul ini tidak ada hak untuk orang bukan orang Islam," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Sebelum itu, usul berkenaan yang berada pada giliran nombor 15 turut didahulukan bagi proses undian untuk diluluskan di sesi Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang persendirian itu bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang akan membuka jalan kepada pelaksanaan hudud dan qisas di negara ini. -Kedahnews.com