Adibah Noor |
SELEBRITI Adibah Noor, 46, mendedahkan sudah meletak jawatan sebagai juruhebah radio Suria FM berkuatkuasa 1 Jun ini.
Keputusan itu diambil selepas tidak lagi mampu membahagikan masa antara tugas di konti dan komitmen lain.
“Bayangkan, pagi-pagi lagi saya perlu berada di konti. Selepas itu ada masanya, saya perlu menghadiri majlis tertentu. Kadang kala rasa seperti tidak cukup rehat. Saya bimbang ia boleh mengganggu kualiti kerja.
“Cukuplah tiga tahun saya berkhidmat dan memberi apa yang difikirkan terbaik buat Suria FM. Apa lagi tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran, jadi mungkin saya sudah ketandusan idea dan kreativiti untuk membawa Suria FM ke peringkat lebih tinggi.
“Sehubugan itu, saya undur diri bagi memberi laluan kepada bakat yang lebih baik dan kreatif,” ujarnya, memetik BH Online.
Adibah dan rakan gandingannya dalam segmen Ceria Pagi Di Suria, Baki Zainal baru-baru ini telah memenangi trofi Bicarawara Radio Terbaik menerusi Anugerah Sri Angkasa 2016.
Dalam perkembangan lain, Adibah bakal melancarkan album terbaharunya menjelang September ini. – Kedahnews.com