SUNGAI PETANI - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri Kedah mengadakan pertemuan dengan pemborong-pemborong negeri ini bagi memastikan bekalan barangan mencukupi untuk persediaan bagi musim perayaan Aidilfitri akan datang.
Pengarahnya, Mohamad Fitri Hassan berkata, setakat ini pertemuan sudah diadakan bersama kira-kira 60 pemborong barangan keperluan asas seperti gula, tepung, minyak masak dan gas.
"Ia bagi mendapatkan maklum balas dari mereka tentang stok bekalan sama ada mencukupi atau tidak.
"Malah juga kita akan panggil lagi pemborong komoditi lain termasuk sayur, telur dan daging," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kepenggunaan Alam Sekitar Bersih, Minda Sihat KPDNKK Kedah di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Program Kepenggunaan Alam Sekitar Bersih, Minda Sihat KPDNKK Kedah dianjurkan bagi mempromosikan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar kepada masyarakat, khususnya dalam kalangan warga KPDNKK sendiri.
"Pada masa sama, hari ini kita turut mengadakan sambutan Hari Keluarga melibatkan kesemua 285 pegawai KPDNKK negeri Kedah," katanya. - Bernama