Wang yang dirampas anggota Aksem. |
PADANG BESAR - Anggota Agensi Keselamatan Sempadan (Aksem) Padang Besar menahan dua lelaki selepas menemui wang tunai berjumlah RM2.4 juta dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sekatan jalan raya di Kilometer 24 Jalan Ulu-Padang Besar-Padang Besar pada jam 6.30 petang kelmarin.
Menurut Komander Aksem, Deputi Supritenden Syed Basri Syed Ali berkata, anggota Aksem menahan kereta tersebut sebelum melakukan pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan pada kenderaan itu menemui dua kotak berlabel jenama kopi yang mengandungi 48,000 keping not 50 yang diletakkan didalam kotak tersebut," katanya.
Beliau turut mengesahkan jumlah keseluruhan wang berkenaan adalah RM2.4 juta.
Tambah Syed Basri, suspek gagal menjelaskan dari mana sumber wang itu diperoleh dan mereka akan disiasat terlebih dahulu, katanya.
Suspek yang berusia 19 dan 54 tahun berasal dari Taman Singgahsana, Padang Besar itu kemudian dibawa ke Pejabat Aksem Chuping sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perlis untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFAPUAA) 2001.
Sumber: Sinar Harian