Anak Enggan Salam Guru Wanita, Imam Masjid Didenda RM20,600

Gambar Hiasan
PELAJAR yang tinggal di Switzerland diwajibkan berjabat tangan pada awal dan akhir sesi pembelajaran dengan guru di sekolah.

Jika tidak, ibu bapa pelajar boleh didenda sekiranya anak mereka tidak melakukannya

Hal ini kerana negara tersebut menganggap seorang murid mesti berjabat tangan dengan guru mereka kerana perbuatan itu tanda hormat yang telah lama menjadi tradisi.

Terdahulu, dua remaja lelaki beragama Islam berusia 14 dan 15 tahun di negara itu mencetuskan kontroversi apabila menolak untuk bersalaman dengan guru kerana hukum agama Islam melarang bersentuhan dengan berlainan jantina.

Susulan itu, bapa kedua-dua remaja itu yang merupakan seorang imam masjid, didenda sebanyak 5,000 Swiss French (RM20,600).

Selain itu, proses permohonan kewarganegaraan keluarga berkenaan juga telah dihentikan. – Kedahnews.com