Anak Gadis Van Damme Pun Sehebat Bapanya

Bianca “Bree” Van Damme
ANAK perempuan Jean-Claude Van Damme pun sudah sama hebat dengan bapanya sendiri!

Masakan tidak, Bianca Bree yang kini berusia 25 tahun telah mengikut jejak langkah bapanya dengan memulakan kerjaya sebagai bintang aksi lasak.

“Saya nak tunjukkan kepada remaja di luar sana kita boleh menjadi kedua-duanya, jadi seorang yang feminin dan lasak.

“Seperti mana bapa saya yang membawa seni mempertahankan diri ke dalam filem-filem lakonannya, kini saya mahu meneruskannya ke dalam generasi saya,” katanya dipetik akhbar New York Post.


Ketika masih kecil, Bianca mengakui dia langsung tidak sukakan seni mempertahankan diri namun lama-kelamaan minatnya bercambah selepas dilatih oleh bapanya.

“Ketika kecil, ibu bapa sering galakkan kami buat apa yang kami suka. Ibu saya sering memaksa saya menceburi seni pertahankan diri ketika saya berusia 7 tahun, tapi saya tak minat.

“Masa itu saya lebih suka menari balet dan bermain luncur ais,” katanya.


Dan kini, dengan kepakarannya itu, tidak menjadi kesukaran buat Bianca melakukan pelbagai aksi lasak berbahaya bagi menghayati sesuatu watak yang berikan kepadanya. -Kedahnews.com