Angelina Jolie |
Pelakon dan aktivis Angelina Jolie meluahkan rasa sedih dan membantah tindakan Donald Trump yang berkempen dengan menafikan hak bersuara orang Islam di Amerika Syarikat.
Angelina berkata, tindakan tersebut tidak sesuai untuk seorang calon presiden yang bakal memerintah negara tersebut.
Donald Trump |
"Bagi saya, Amerika Syarikat terdiri daripada orang seluruh dunia pelbagai kaum dan agama yang datang menetap di sana untuk kebebasan, khususnya kebebasan beragama.
"Jadi saya rasa beliau tidak sesuai untuk menggunakan pendekatan perkauman itu apabila berkempen untuk jawatan presiden," ujarnya seperti di petik dari Huffington Post.
Disember lalu, Trump memulakan kempen konversional untuk mencegah rakyat beragama Islam masuk ke Amerika Syarikat.
Selain Angelina, selebriti George Clooney dan Jennifer Lawrence turut menentang jutawan Trump itu.
Clooney menganggap Trump sudah hilang kewarasan untuk mendapatkan jawatan penting negara itu.
Sementara Lawrance menganggap dunia akan berakhir jika lelaki itu menggantikan tempat Barack Obama.
Sumber: mStar