Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad |
PETALING JAYA - "Ramai yang tak tahu idea untuk slogan Umno 'Dulu, Kini, Selamanya' dicetuskan oleh Wan," kata Senator Datuk Yahaya Mat Ghani, rakan politik kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Mengenali Wan Mohammad Khair-il Anuar ketika sama-sama menceburi bidang politik sekitar tahun 90-an, Yahaya berkata slogan itu dicipta oleh rakannya itu pada tahun 1999.
"Dulu parti-parti lain ada 'tagline' atau slogan masing-masing, jadi arwah pun mahu Umno ada slogan dan beliau tampil dengan slogan 'Dulu, Kini, Selamanya' yang masih diingati sehingga hari ini.
"Ketika itu Umno berdepan krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan arwah memegang jawatan Timbalan Pengerusi Biro Penerangan Pemuda Umno. Slogan itu digunakan dalam gerak kerja ketika berdepan propaganda reformasi," katanya ketika ditanya tentang rakan politiknya itu yang lebih mesra dipanggil 'Wan'.
Yahaya yang juga Ketua Umno Bahagian Batu berkata, sebaik sahaja mendapat berita bahawa serpihan helikopter yang dinaiki rakannya itu ditemui, beliau segera pergi ke kediaman keluarga Wan Mohammad Khair-il Anuar di Bukit Setiawangsa, petang Jumaat namun tiada perkembangan terkini yang diperolehi.
Bagaimanapun, pada Sabtu, beliau seakan tidak percaya apabila mendapat tahu bahawa rakannya itu ditemui terkorban dan lantas beliau terkenangkan memori dan keperibadian Wan Mohammad Khair-il Anuar.
"Arwah suka membantu kawan-kawan dan rakyat. Baik dari segi kewangan mahu pun tenaga, itulah yang paling saya ingat tentang dirinya.
"Arwah juga seorang yang tenang, susah saya nak tengok dia marah sepanjang saya mengenalinya," katanya.
Wan Khair-il Anuar, 56, adalah salah seorang mangsa nahas helikopter Eurocopter AS350 yang berlepas dari Bentong ke Kuching, pada pukul 4.12 petang Khamis.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan mayat kelima mangsa nahas helikopter yang dijumpai petang Sabtu ialah mayat Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Jenazah Wan Mohammad Khair-il Anuar yang dibawa dengan pesawat Hercules C130 tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, pagi Ahad selepas berlepas dari Pangkalan Udara Kuching pukul 4 pagi.
Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar dengan menaiki van jenazah Tentera Udara Diraja Malaysia sebelum dikebumikan di Makam Diraja Kuala Kangsar, Bukit Chandan.
Sumber: mStar