KEBAKARAN asrama dua tingkat Madrasah Tahfiz Al Quran Raudhatul Ulum berhampiran Masjid Jamek Jalan Bagan Belat, Teluk Air Tawar, Butterworth, malam tadi. - Foto ihsan Bomba |
BUTTERWORTH – Sebuah bangunan asrama tahfiz di Telok Air Tawar di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran jam 12.40 tengah malam yang memusnahkan hampir 80 peratus bangunan dua tingkat Madrasah Tahfiz Al Quran Raudhatul Ulum itu. Empat pelajar dan seorang guru berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian itu.
Sebahagian besar pelajar pulang ke rumah masing-masing kerana musim cuti pengajian tahfiz itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.46 tengah malam.
Berikutan itu, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perda serta Kuala Muda dikejarkan ke lokasi.
“Usaha memadam kebakaran agak sukar disebabkan kekurangan kerana tekanan air yang rendah. Api berjaya dikawal pada jam 1.21 pagi,” katanya.
Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: Berita Harian