Awal Ashaari Bawa Anak Isterti Tunai Umrah Ramadan Ini

Awal Ashaari, Scha Alyahya dan buah hati mereka, Lana Alana
PASANGAN selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya meluahkan rasa syukur apabila impian mereka untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Lebih istimewa, pasangan ini dijemput bakal berada di rumah Allah SWT ketika bulan Ramadan.

Menurut Awal, anak sulung mereka iaitu Lara Alana akan turut serta ketika mereka menunaikan umrah.

“Jadual kerja yang padat menjadi antara faktor yang membuatkan impian kami untuk menunaikan umrah tertangguh.

“Alhamdulillah, tahun ini semuanya berjalan dengan lancar dan segala perancangan kami seperti dipermudahkan. Jadi, tiada alasan lagi untuk kami menangguhkan hasrat itu.

“Kami bakal menunaikan umrah bersama anak, Lara Alana dan ahli keluarga yang lain bermula 12 hingga 22 Jun ini.

“Kebetulan ada slot kosong untuk kami sekeluarga merasai nikmat berpuasa di Tanah Suci. Bertuah rasanya dapat peluang itu,” kata Awal kepada BH Online.

Dalam pada itu, Awal akui pada mulanya tidak mahu membawa Lara bersama ekoran usianya yang masih kecil namun menukar fikiran kerana tidak mahu mereka berjauhan lama.

Difahamkan, penjaga Lara juga akan turut serta bagi memudahkan pasangan ini beribadah. – Kedahnews.com